Pelaburan saham adalah satu perniagaan yang serius di mana ia melibatkan perniagaan yang besar dan ramai pihak. Untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya kita perlu mempunyai mindset bisnes yang betul untuk sentiasa memastikan kita membuat keputusan pelaburan yang betul. Pada penulisan kali ini, kita akan kupaskan 10 kesilapan besar sebagai seorang pelabur saham.
- Tiada strategi pelaburan
Sebelum memulakan melabur, perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah menganalisa sesuatu saham dan membina trading yang mantap. Terdapat pelbagai cara menganalisa saham dan cara terbaik adalah dengan melihat aspek fundamental dan teknikal kerana dengan fundamental memudahkan kita memilih saham dan dengan teknikal memudahkan kita membuat keputusan bila waktu membeli dan menjual.
2. Tiada disiplin dalam melabur
Disiplin sangat penting dalam kehidupan untuk berjaya. Sejak di bangku sekolah lagi kita dididik dengan disiplin untuk menjadi seorang yang berjaya. Begitu juga dalam pelaburan, kita perlu mengamal disiplin yang tinggi untuk bertahan lama di dalam pasaran. Disiplin yang dimaksudkan adalah dislipin dalam melaksanakan trading plan yang telah dibuat. Sebelum melabur, kita diwajibkan untuk membina trading plan untuk melihat risk and reward yang baik. Disiplin dalam menjaga stoploss adalah sangat penting kerana ia akan menjaga modal kita dari terus hangus.
3. Tiada rekod dalam trading journal
Trading journal adalah satu bentuk rekod sama ada fizikal seperti buku ataupun elektronik di dalam file excel yang digunakan oleh pelabur untuk merekod setiap transaksi jual dan beli sesuatu saham. Rekod ini penting untuk kita melakukan check and balance dalam trading bisnes kita. Dengan data rekod yang ada kita boleh melakukan analisis pada pelaburan yang kita telah buat seperti melihat keberkesanan trading plan kita.
4. Ikut-ikut pandangan orang lain
Apabila kita kurang yakin dengan ilmu yang kita ada, kita akan cenderung untuk mendengar nasihat orang lain. Kebanyakan dari kita lebih cenderung untuk mencari nasihat dari kawan-kawan ataupun di sosial media. Ini adalah satu daripada 10 kesilapan besar dalam sebagai pelabur saham. Cara terbaik untuk mengelakkan dari kesilapan ini adalah dengan membuat kajian saham sendiri. Hal ini kerana, latihan ini akan melatih kita untuk menjadi lebih yakin dalam membuat keputusan membeli dan menjual saham.
5. Mengejar harga dalam pasaran
Mengejar harga adalah sesuai yang selalu terjadi di kalangan pelabur baru kerana apabila ramai sudah mula untung dalam sesuatu saham dan memberitakan keuntungan mereka di sosial media, pelabur baru cenderung untuk membeli saham yang sama dengan harapan akan dapat keuntungan yang sama. Namun, pasaran saham bergerak dalam menaik dan menurun. Apabila mengejar harga yang terlalu tinggi dan berada pada paras overbought, saham akan turun untuk pullback atau berehat pada fasa accumulation. Pada fasa ini ramai akan tewas.
6. Tidak menggunakan wang lebihan
Dalam pelaburan saham seeloknya kita tidak menggunakan wang kegunaan harian untuk dijadikan modal pelaburan. Hal ini kerana kita perlu mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Pengurusan kewangan boleh dibuat dengan mengamalkan Rules 50/20/30 dimana 50% dari pendapatan digunakan untuk keperluan, 20% digunakan untuk simpanan dan 30% digunakan untuk kemahuan. Selain itu, dana kecemasan juga perlu dibuat sekurang-kurangnya 6 bulan – 12 bulan pendapatan kita. Setelah kita mempunyai semua yang disebut di atas, barulah kita boleh untuk menggunakan wang lebihan untuk melabur. Sepertimana kata-kata Warren Buffet “Spend only what is left after saving”. Jika kita belum mempunyai modal untuk melabur, kita perlu melatih diri kita untuk disiplin dalam menyimpan wang.
7. Overtrading
Overtrading berlaku apabila kita telah berjaya menjana keuntungan di dalam saham untuk beberapa ketika. Kita menjadi terlebih yakin dan kita menganggap setiap pelaburan yang kita lakukan akan memberikan hasil pulangan yang lumayan. Selepas daripada itu, kita mula membuat keputusan melabur tanpa tujuan yang jelas dengan mengabaikan trading plan dan money management yang betul. Dengan itu, kita terdedah pada risiko yang akan merugikan modal pelaburan kita.
8. Overleveraged
Overleveraged pula di mana kita melabur dengan menggunakan duit yang kita pinjam. Sebagai contoh di dalam saham, ada sebahagian broker saham memberikan kemudahan margin untuk pelabur gunakan. Dengan menggunakan cash yang rendah kita boleh membeli saham dengan modal yang besar. Sebagai contoh Maybank Investment Bank memberikan margin 3x ganda dari modal cash pelabur. Jika kita mempunyai RM1000 dalam akaun CDS Maybank, kita boleh membeli saham dengan nilai RM3000. Menggunakan margin adalah suatu tindakan yang sangat berisiko bagi pelabur baru.
9. All-in dalam melabur
“Don’t put all egg in one basket” adalah pepatah yang sesuai untuk all-in dalam melabur. Cara melabur dengan all-in ini bermaksud kita meletakan semua modal kita pada satu saham sahaja. Dengan cara ini, kita tidak menggunakan kuasa leverage untuk diversify pelaburan ke dalam sektor-sektor yang berbeza. All-in juga adalah satu cara yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kita kehilangan wang dalam pelaburan.
10. Melabur untuk cepat kaya
Matlamat untuk menjadi kaya adalah impian semua orang yang terlibat dalam pelaburan saham. Namun begitu, ramai antara kita yang terlalu cepat mahu menjadi kaya dan tidak sabar. Oleh itu, ramai antara kita memilih untuk melabur di dalam kaunter-kaunter murah dan berisiko tinggi. Bagi yang baru melabur adalah tidak digalakkan untuk kita melabur dalam kaunter murah sebaliknya memilih kaunter yang mempunyai asas kewangan yang kukuh. Untuk menjadi pelabur bijak, kita hendaklah sentiasa berwaspada supaya tidak melakukan 10 kesilapan besar sebagai pelabur kerana ia akan merugikan kita.
Jom baca artikal menarik di sini https://majusaham.com/category/blog/