Pelaburan saham adalah satu perniagaan yang serius. Ianya tidak boleh dilakukan dengan semborono. Untuk terlibat dengan pelaburan saham, anda perlu melakukan banyak persediaan sebelum memasuki pasaran. Persediaan yang paling penting adalah untuk membina trading plan yang berjaya . Walaupun ianya nampak mudah tetapi perlu diberikan perhatian yang lebih pada plan masuk dan keluar pasaran dengan betul.
Pada artikal ini, saya akan ceritakan bagaimana untuk membuat langkah yang perlu dalam membina trading plan yang berjaya. Jom ikuti 10 langkah untuk membina trading plan.
- Menilai kemahiran
Adakah anda sudah bersedia untuk melabur ? Jika anda sudah bersedia untuk melabur, anda sepatutnya sudah membuat backtest kepada sistem trading yang anda bakal gunakan. Hal ini kerana, dalam melabur, kita tidak boleh lari dari the game of probability kerana kita tidak akan menjumpai trading sistem yang memberi 100% winning rate. Oleh itu, mencari sistem yang mempunyai probability winning yang tinggi penting dan yang lebih penting adalah anda melakukan paper trading untuk melihat sejauh mana keberkesanan dalam menggunakan sistem tersebut.
2. Persediaan mental
Sebelum mula untuk berdagang, kesihatan mental adalah sangat penting. Jika pada hari tersebut anda merasa letih dan sibuk dengan hal yang lain, anda dinasihatkan untuk tidak melakukan dagangan pada hari tersebut. Pelaburan ibarat satu peperangan di mana penjual dan pembeli berperang menawarkan harga yang terbaik dalam transaksi yang mereka lakukan. Pastikan anda dalam keadaan yang sihat dan bersedia sebelum memulakan perdagangan.
3. Menetapkan risiko level
Dalam membina trading plan yang berjaya, langkah ketiga adalah langkah yang penting kerana ia akan melindungi modal pelaburan kita daripada hangus dalam pasaran. Risiko level boleh ditetapkan dengan melihat modal pelaburan kita dan cara kita melabur. Professional trader selalunya mengamalkan risiko level yang sangat ketat pada kadar 1%-2% sahaja daripada jumlah pelaburan yang dibuat. Risiko level mestilah tetap dan tidak berubah untuk memastikan kita tidak merisikokan modal diluar kemampuan kita.
4. Menetapkan target profit (TP) yang realistik
Selepas mengenalpasti entry point dalam trading plan, anda perlu menetapkan target profit yang realistik dengan risk/reward ratio yang berbaloi. Pada norma biasa, professional trader meletakkan risk/reward pada kadar 1:2. Sebagai contoh jika kita letakkan stoploss pada kadar RM0.1 per units saham, target profit mestilah pada RM0.2 per units saham. Selain itu, matlamat TP harian, mingguan dan tahunan adalah penting untuk memastikan kita sentiasa dalam landasan yang betul untuk mencapai matlamat pelaburan.
5. Buat homework
Waktu terbaik untuk membuat homework saham adalah pada waktu malam. Hal ini kerana, selepas market sudah tutup pada petang. Kita dapat melakukan analisis saham melihat pada saham-saham yang baru melakukan breakout atau saham-saham yang mempunyai catalyst yang positif. Selepas itu, sebelum anda memulakan pelaburan, anda perlu melihat sentimen pasaran secara global. Anda perlu tahu apa yang berlaku di pasaran USA terutamanya dan apa data-data ekonomi yang akan dikeluarkan dalam waktu terdekat. Dalam fasa quarter report juga adalah fasa yang volatile dan tidak dinasihatkan untuk masuk pasaran. Sebagai pelabur bijak, anda perlu mengurangkan pendedahan kepada risiko ketidaktentuan pasaran.
6. Persediaan sebelum mula
Sebelum mula berdagang pastikan anda telahpun menetapkan paras support dan resistance pada carta saham. Selain itu, anda perlu meletakan paras entry point dan target profit supaya segalanya sudah bersedia. Jika pasaran bergerak mengikut analisis yang anda telah buat, anda tidak perlu melukis apa-apa kerana segalanya anda telah siapkan sebelum pasaran bermula. Ini akan memberikan advantage kepada anda dari segi psykologi.
7. Menetapkan peraturan untuk keluar pasaran.
Ramai pelabur dan pedagang hanya memberikan perhatian kepada buy signal atau entry point tetapi tidak memberikan perhatian lebih kepada bila nak jual pegangan. Ramai antara kita yang mengalami masalah apabila harga saham jatuh pada paras melebihi dari paras stop loss kerana tidak mahu menerima kerugian. Hal ini adalah perkara yang sangat patut diberikan perhatian kerana ia adalah nyawa kepada seorang pedagang. Belajar menerima kerugian adalah satu langkah untuk berjaya dalam pelaburan. Profesional trader juga menerima banyak kerugian berbanding keuntungan tetapi dengan risk/reward yang betul dan money management yang baik, mereka masih boleh mencatatkan keuntungan ada hujung bulan.
8. Menetapkan peraturan untuk memasuki pasaran.
Peraturan untuk keluar pasaran adalah lebih penting berbanding memasuki pasaran. Dalam pada itu, peraturan untuk memasuki pasaran yang sepatunya di perlu complicated. Anda tidak perlu mempunyai banyak syarat untuk memasuki pasaran. Sebagai contoh anda tidak perlu menggunakan banyak indicators untuk menentukan sama ada perlu masuk pasaran atau tidak. Tetapkan peraturan yang mudah untuk dilihat seperti support dan resistance. Jika harga berjaya memecahkan resistance, buy signal akan terjadi dan anda bersedia untuk mencari entry point.
9. Setelah melakukan semua di atas, adalah penting untuk ada mempunyai personal keeping record untuk semua transaksi yang anda lakukan. Hal ini akan membentuk disiplin dan kepercayaan anda kepada cara anda melabur dan berdagang. Pelaburan adalah perniagaan, perniagaan yang bagus merekodkan segala kos, keuntungan dan kerugian yang berlaku dalam perniagaan. Rekod boleh dibuat secara online ataupun dalam microsoft excel.
10. Melihat keberkesanan sistem pelaburan
Dengan adanya record keeping yang bagus, anda boleh melakukan analisa terhadap pelaburan yang anda telah lakukan sama ada anda membuat keuntungan secara konsisten ataupun anda membuat kerugian. Setiap kesilapan dalam pelaburan perlu direkodkan supaya anda boleh membuat rujukan pada masa hadapan.
Semua langkah-langkah diatas adalah untuk membina keyakinan kepada kita dalam melakukan perdagangan. Sistem yang bagus tidak menjamin keuntungan dalam pasaran kerana emosi mempengaruhi kita dalam membuat keputusan. Hanya dengan latihan yang banyak dan keyakinan pada sistem yang digunakan adalah rahsia untuk berjaya menjadi trader yang hebat. Selamat mencuba!
Rujukan : Investopedia