Philip Fisher (1907 – 2004) adalah seorang pelabur dan penulis yang tersohor di Amerika Syarikat. Beliau merupakan pioneer kepada value investing yang digunakan oleh Warren Buffet. Buku yang ditulis beliau bertajuk Common Stock and Uncommon Profit mula dicetak pada 1958 dan hingga hari ini, metod yang diajar di dalam buku beliau masih relevan selepas lebih 50 tahun. Philip Fisher mempunyai kriteria membeli saham tersendiri yang mana bukan sahaja melihat pada nombor tetapi juga melihat pada pengurusan, produk dan sebegainya.
Pada artikal kali ini kita akan membincangkan 15 kriteria penting Philip Fisher dalam membeli saham. Beliau percaya jika syarikat tersebut boleh memenuhi kesemua kriteria yang beliau tetapkan, ia adalah satu syarikat yang sangat bagus untuk pelabur melabur di dalam bisnes syarikat tersebut.
KRITERIA 1: ADAKAH SYARIKAT MENGHASILKAN PRODUK DAN SERVIS YANG BAGUS DAN MEMPUNYAI POTENSI UNTUK JUALAN MENINGKAT UNTUK BEBERAPA TAHUN AKAN DATANG?
Fisher tidak berminat kepada syarikat yang hanya mempunyai ‘one-off’ growth dan tidak konsisten dari tahun ke tahun. Tetapi Fisher melihat kepada syarikat yang boleh mengekalkan growth yang lebih tinggi dari biasa bukan untuk beberapa tahun tetapi untuk jangka masa yang panjang. Fisher menggunakan past year growth sebagai rujukan untuk membuat extrapolate analisis dan untuk mempastikan growth yang berjaya dicapai pada masa lalu mampu dikekalkan pada masa akan datang.
KRITERIA 2 : ADAKAH PIHAK ATASAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMBANGUNKAN PRODUK DAN SERVIS YANG BARU?
Menurut Philip Fisher, syarikat yang mempunyai growth disebabkan permintaan sedia ada tidak cukup. Namun begitu, syarikat perlu mempunyai pelan atau polisi dalam membangunkan produk dan servis yang baru. Syarikat yang mempunyai polisi dan pelan sebegini akan mampu memberikan growth yang konsisten selama 10 tahun hingga 25 tahun.
KRITERIA 3 : BAGAIMANA SYARIKAT MEMBUAT RESEARCH DAN DEVELOPMENT?
Jika hanya menggunakan quantitatif metod seperti annual expenditures dalam kajian atau bilangan pekerja yang mempunyai ijazah sains, ia hanyalah panduan awal dan bukan rujukan akhir untuk menentukan bahawa syarikat tersebut mempunyai research team yang luar biasa. Untuk mendapatkan informasi ini, Philip Fisher berpendapat menggunakan cara rumours adalah jalan terbaik untuk kriteria ini.
KRITERIA 4 : ADAKAH SYARIKAT MEMPUNYAI JUALAN YANG MELEBIHI DARI PURATA?
Jualan produk dan servis adalah asas kepada aktiviti perniagaan. Namun begitu, sejauh mana efektif syarikat membuat jualan adalah berdasarkan kos yang dikeluarkan untuk iklan dan pengedaran adalah perkara yang perlu diambil berat oleh pelabur. Fisher juga berpandukan kepada rumours untuk kriteria ini kerana ia adalah sukar untuk mengetahui jawapan yang tepat. Masa yang digunakan untuk mencari jawapan yang tepat sangat berharga dan selalunya sangat berbaloi.
KRITERIA 5 : ADAKAH SYARIKAT MEMPUNYAI UNTUNG BERSIH YANG BERBALOI?
Walaupun syarikat tidak mempunyai untung bersih yang meningkat naik, namun Fisher tetap melihat pada syarikat yang boleh memberikan profit margin yang tinggi tidak kira syarikat besar atau kecil, baru yang sudah lama menjalankan bisnes. Hal ini kerana, syarikat yang mempunyai profit margin yang tinggi akan mampu kekal untuk berkembang pada masa yang panjang.
KRITERIA 6 : ADAKAH SYARIKAT BERUSAHA UNTUK MAINTAIN ATAU MENINGKATKAN PROFIT MARGIN?
Secara ringkasnya, syarikat boleh meningkatkan profit margin dengan meningkatkan harga jualan produk atau mengurangkan kos. Sebaliknya Fisher melihat pada syarikat yang memfokuskan pada mereka yang berusaha membuat pengeluaran yang efisien, marketing yang berkesan, dan innovasi yang berterusan.
KRITERIA 7 : ADAKAH SYARIKAT MENGAMALKAN HUBUNGAN PEKERJAAN YANG LUAR BIASA?
Maksud Fisher dalam kriteria ini adalah syarikat yang menjaga pekerjanya dengan memberikan gaji yang lebih tinggi dari purata industri tersebut. Fisher juga cenderung untuk melihat pada syarikat yang mempunyai pekerja yang bukan sebahagian dari kesatuan pekerja. Kriteria membeli saham Fisher ini adalah hasil daripada pemerhatian yang terperinci selama beliau terlibat dalam pelaburan.
KRITERIA 8 : ADAKAH SYARIKAT MENGAMALKAN HUBUNGAN PEKERJAAN YANG BAIK DENGAN EKSEKUTIF?
Syarikat yang memberikan peluang pelaburan yang baik adalah syarikat yang mempunyai kumpulan eksekutif yang bagus. Dengan ini, Fisher bermaksud eksekutif mempunyai keyakinan pada presiden dan CEO syarikat. High level management diberikan gaji dan benefit berdasarkan keupayaan dan result yang mereka hasilkan. Semakin jauh syarikat dengan standard kriteria ini, semakin kurang syarikat untuk menjadi pelaburan yang luar biasa.
KRITERIA 9 : ADAKAH SYARIKAT MEMPUNYAI SEKUMPULAN PENGURUS YANG BERBAKAT?
Teori Fisher adalah lagi kurang syarikat bergantung pada sekumpulan kecil orang dalam syarikat lagi bagus. Dan lagi kurang golongan atasan mencampuri urusan operasi syarikat lagi bagus. Syarikat yang mempunyai pengurusan atasan yang cuba untuk menguruskan operasi harian syarikat jarang untuk menjadi syarikat pelaburan yang berjaya.
KRITERIA 10 : BERAPA CEKAP SYARIKAT DALAM MEMBUAT KOS ANALISIS DAN AKAUNTING?
Tiada syarikat yang mampu menghasilkan jualan yang luar biasa jika ia tidak tahu kos operasi atau kos pembangunan produk secara terperinci dan membezakan aktiviti yang mendatangkan keuntungan dan aktiviti yang tidak mendatangkan keuntungan. Penting juga untuk membuat keputusan sama ada ingin meneruskan aktiviti atau menamatkannya.
KRITERIA 11 : ADAKAH SYARIKAT MEMPUNYAI SESUATU KELEBIHAN BERBANDING PESAING YANG LAIN DALAM INDUSTRI?
Dalam sektor runcit sebagai contoh, cara syarikat menguruskan lokasi kedai dan juga tempoh sewaan sangat penting. Manakala dalam sektor teknologi, bukan sahaja kemajuan inovasi syarikat tetapi juga bilangan patent yang mereka hasilkan dan intelektual property yang mereka miliki membantu dalam menaikkan keunikan syarikat tersebut sebagai pelaburan yang menarik. Kriteria membeli saham Fisher antara metod yang menarik kerana melibatkan banyak benda sebelum saham. Ia menjadikan kita sebagai pelabur yang lebih berhatiji-hati.
KRITERIA 12 : ADAKAH SYARIKAT MEMPUNYAI TINJAUAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG
Sebahagian syarikat menjalankan operasi untuk mendapatkan keuntungan paling tinggi pada hari tersebut. Sebahagian yang lain sengaja untuk tidak mendapat keuntungan yangt tinggi harini kerana mereka mahu menikmati keuntungan tersebut pada masa akan datang. Fisher tidak memilih syarikat yang mana top management memberikan fokus yang berlebihan pada harini ini dan lupa untuk memfokuskan pada vendors dan clients. Oleh itu, mereka mempunyai long term decision yang lemah.
KRITERIA 13 : ADAKAH SYARIKAT MEMERLUKAN BANTUAN MODAL YANG BANYAK UNTUK MENGEMBANGKAN SYARIKAT?
Fisher lebih suka pada syarikat yang bergantung pada existing resources dan cash yang untuk mengembangkan syarikat. Jika syarikat membuat hutang yang banyak atau mengisukan saham mereka secara besar-besaran untuk mendapatkan modal, syarikat tersebut tidak digemar oleh Fisher.
KRITERIA 14 : ADAKAH PENGURUSAN SYARIKAT BOLEH BERBINCANG SECARA MUDAH DENGAN SEMUA PELABUR?
Jika syarikat tersebut mempunyai pengurusan yang sentiasa berbincang mengenai hal ehwal syarikat jika operasi dalam keadaan baik dan mendiamkan diri jika sesuatu yang tidak baik berlaku, maka pelabur akan cuba dengan baik untuk mengecualikan daripada mana-mana syarikat.
KRITERIA 15 : ADAKAH SYARIKAT MEMPUNYAI PIHAK PENGURUSAN YANG BERINTEGRITI?
Fisher menyatakan pengurusan syarikat akan selalunya lebih familiar dan tahu mengenai hal ehwal syarikat daripada pelabur. Fisher berkata pengurusan akan memyebabkan penyalahgunaan insiders info dalam kuasa mereka dengan mengisukan common stock option. Oleh itu, sangat penting untuk mempunyai pengurusan yang bertanggungjawaban kepada para pelabur. Untuk kriteria ini, Fisher menggunakan teknik scuttlebutt yang mana lebih membantu.
Baca lagi artikal menarik Maju Saham di sini : https://majusaham.com/category/blog/
Rujukan : https://www.investopedia.com/terms/p/philip-fisher.asp