• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

3 kesilapan pelabur dalam pelaburan saham

10/01/2022 by Fahmi Ishak

90% pelabur saham tidak mampu untuk kekal dalam pasaran dalam tempoh masa 6 bulan kerana ramai yang menceburi bidang pelaburan saham dengan tidak mengkaji pasaran saham dengan ilmu yang betul. Data ini tidak mengejutkan kerana banyak kesilapan yang dilakukan oleh pelabur terutama pelabur yang baru. Sebelum memulakan pelaburan, pelabur perlu memahami pasaran tersebut. Pembacaan tentang asas pelaburan seperti analisa teknikal penting sebelum memulakan pelaburan. Mari lihat 3 kesilapan pelabur selalu lakukan dalam pelaburan saham.

1. Melabur dalam saham yang RUGI

Pemilihan kaunter saham sangat penting. Bagi yang baru menceburi bidang saham, adalah dinasihatkan untuk HANYA melabur dalam syarikat yang mencatatkan keuntungan secara konsisten. Syarikat yang rugi perlu dielakkan kerana potensi untuk harga saham tersebut naik sangat rendah. Saham yang rugi menunjukkan prestasi syarikat yang tidak baik dari segi kewangan mahupun pengurusan pentadbiran syarikat.

Sumber : freepik.com

2. Tidak mempunyai MENTOR dalam saham

Mentor tidak semestinya seorang yang terkenal dalam pasaran. Mentor adalah orang yang mempunyai pengalaman dan tahu selok belok dalam pasaran. Remisier adalah rujukan bagi yang baru mula melabur. Mentor akan membantu kita untuk membuat keputusan yang betul. Mempunyai Mentor dalam pelaburan penting untuk kita tidak dihanyut dalam gelora pasaran saham. Mempunyai Mentor yang betul penting untuk menjadikan kita berjaya dalam bidang yang diceburi.

3. Tidak menuntut ilmu

Ilmu dalam pelaburan saham ibarat kompas apabila kita keluar mengembara di hutan yang luas. Ilmu memberikan kita keyakinan untuk menuju ke destinasi kita. Dalam pelaburan saham, perlu diletakkan matlamat untuk kita kekal fokus. Terdapat banyak ilmu percuma untuk kita cari dalam internet masa kini. Elon Musk menyatakan masa semua ilmu yang kita cari sudah boleh diambil darai internet secara percuma. Anda boleh mulakan pencarian ilmu saham di Youtube dengan topik seperti analisa teknikal saham dan pengurusan risiko dalam pelaburan.

Kesimpulan

Untuk mengelakkan kita dari melakukan kesilapan-kesilapan yang disebutkan di atas, kita perlu mengubah pemikiran kita dengan membeli saham-saham yang mencatatkan prestasi kewangan yang baik dan stabil. Seterusnya, adalah untuk kita mencari Mentor yang dapat menunjukkan jalan yang betul untuk berjaya. Akhirnya sekali, tidak dapat tidak, kita perlu komited dalam mencari ilmu pelaburan saham. Era internet telah mengubah cara mencari ilmu dan semua ilmu tersebut boleh dicari secara pecuma.

Semoga Bermanfaat.

Nak tips untuk pelaburan saham ?

Follow kami di majusaham.com

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com