Apabila berada di dalam market yang bullish, ia adalah satu pengalaman yang sangat manis bagi semua pelabur, namun apabila berada di dalam market yang bearish ia bagaikan berada dalam gua yang sangat kelam. Begitulah lumrah dalam pelaburan saham. Harga saham bergerak secara zig zag menaik dan menurun. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengamalkan strategi diversify untuk mengurangkan risiko pada portfolio pelaburan kita. 4 tips untuk pelabur diversify portfolio dalam pelaburan.
Don’t put all of your egg is one basket
Warren Buffet
Apa itu diversify portfolio?
Diversify portfolio adalah satu ungkapan yang sering disebut oleh perunding kewangan, pengurus dana dan sebagainya. Ia merupakan salah satu pengurusan strategi yang mana membahagikan portfolio kepada beberapa sektor dan tidak hanya memfokuskan kepada satu sektor sahaja. Tujuan pembahagian portfolio adalah untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan pulangan pelaburan.
4 tips yang boleh anda amalkan
Pecahan Modal
Jika anda mempunyai modal yang besar, adalah tidak digalakkan untuk anda menumpukan portfolio anda kepada satu sektor atau instrumen sahaja. Sepatutnya anda boleh mempelbagaikan portfolio seperti ETFs dan REITs. Perancangan untuk mengadakan portfolio jangka pendek, panjang dan sederhana. Pastikan anda sentiasa mengawal portfolio dengan mengurangkan risiko kerugian.
Indeks dan Bond
Instrumen ini sesuatu yang patut difikirkan kerana memberikan pulangan yang tetap. Pelaburan jangka panjang sepatutnya dilaburkan dalam indeks dan bond kerana lebih stabil dan kurang berisiko. Oleh itu, portfolio kita tidak terlalu terdedah pada volatility dalam pasaran. Selain itu, indeks fund selaluny mempunyai kos operasi yang lebih murah.
Membina portfolio dengan averaging
Menambah portfolio dari masa ke semasa secara konsisten dalam tempoh jangka masa tertentu. Jika anda melabur RM10,000, anda boleh menggunakan konsep dollar cost averaging untuk mengurangkan high dan juga low yang dibuat di dalam market. Dengan cara ini, anda akan membeli saham pada harga yang lebih murah dan mengurangkan pembelian saham pada harga yang lebih tinggi.
Tahu untuk keluar dari pelaburan jika perlu
Walaupun kita mempunyai strategi pelaburan jangka panjang, ini tidak bermakna untuk anda buy and hold. Pelaburan bukanlah sesuatu yang boleh diuruskan dengan autopilot. Adakalanya pasaran mengalami kejatuhan apabila sesuatu yang buruk berlaku dan menjejaskan ekonomi dunia. Sentiasa ambil peduli dengan yang berlaku di dalam syarikat yang kita laburkan. Hanya dengan kekal informed akan dalam membantu anda untuk membuat informed decision.
Melabur boleh menjadi seronok. Ada masa ia menjadi satu pembelajaran dan pengajaran untuk kita dan yang paling best ia memberi pulangan yang baik. Dengan mengamalkan disiplin dan diversification yang betul, selain membuat averaging secara konsisten, pelaburan akan menjadi kalis kepada ekonomi di mana tidak terjejas walaupun ekonomi tidak baik.
Sumber : https://www.investopedia.com/articles/03/072303.asp