Menurut majalah Forbes terdapat 2755 billionaire dalam dunia setakat Oktober tahun 2021. Anggaran kekayaan mereka adalah $13.1 trillion. Namun begitu, lima yang teratas mempunyai kekayaan $1.153 trillion mewakili 0.36% dari jumlah keseluruhan. Mari kita lihat 5 billionaire paling kaya dalam dunia setakat Oktober 2021.
Jeff Bezos
Kekayaan Bersih : $177 billion
Pada mula karier beliau, beliau bekerja di sebuah syarikat pengurus dana D.E Shaw. Namun begitu, beliau melepaskan jawatan untuk memulakan perniagaan sendiri. Sebelum meletak jawatan, Bezos menawarkan idea bisnes kedai buku atas talian kepada majikannya, namun ditolak.
Hanya bermula dari garaj rumah, Bezos mengembangkan bisnes Amazon.com dari penjual buku atas talian hingga peruncit gergasi yang menjual apa sahaja di atas talian. Amazon diasaskan pada tahun 1994 dan memasuki pasaran Wall Street pada tahun 1997. Bezos merupakan seorang pelabur yang bijak apabila beliau membeli jenama terkenal seperti Whole Foods dan The Washington Post untuk melebarkan lagi sayap Amazon.com

Elon Musk
Kekayaan Bersih : $151 billion
Beliau merupakan genius dalam dunia perniagaan dan juga teknologi. Elon Musk bermula dengan mengasaskan beberapa syarikat seperti Zip2 (navigation services) dan juga X.com (dikenali sebagai PayPal kini). Beliau menjual kedua-dua bisnes ini dan memula sesuatu yang baru. Elon Musk menjual saham PayPal semasa Ebay mengambil alih dan mendapat $100 juta.
Selepas itu, beliau mengasaskan Tesla yang kini merupakan pengeluar kenderaan elektrik No.1 dalam dunia. Tesla sangat dekat dengan diri Elon Musk yang mana beliau telah membangunkan Tesla sejak tahun 2004. Tesla juga mengeluarkan produk seperti energy storage devices. Selain Tesla, Elon Musk juga mengasaskan syarikat lain seperti SpaceX, Boring Company, dan SolarCity.
Bernard Arnault
Kekayaan Bersih : $150 billion
Beliau merupakan Chairman dan CEO kepada LVMH syarikat jenama mewah di dunia seperti Louis Vuitton, Hennessey, Marc Jacobs, Sephora dan banyak lagi. Bernard Arnault mempunyai pegangan 41.25% dalam syarikat LVMH.
Dengan latar belakang sebagai seorang jurutera, beliau mula bekerja di syarikat pembinaan bapanya, Ferret-Savinel. Pada tahun 1971, beliau mempunyai kawalan penuh dalam syarikat dan menukar syarikat tersebut kepada syarikat hartanah. Beliau kekal sebagai Chairman di Ferret-Savinel selama 6 tahun sehingga beliau membeli satu syarikat pembuat barangan mewah Financiere Agache pada tahun 1984. Kemudian beliau dipelawa untuk melabur dalam LVMH dan menjadi pemegang saham terbesar. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi CEO syarikat.
Bill Gates
Kekayaan Bersih : $124 billion
Bill Gates merupakan pengasas bersama kepada syarikat Microsoft. Pada tahun 1975, beliau mencipta perisian untuk komputer macro. Sejak itu, beliau bersama rakan baiknya Allen membina Microsoft sehingga pada tahap sekarang.
Kini Microsoft merupakan syarikat perisian terbesar dalam dunia yang mana menjual komputer, perisian, email services dan juga sistem permainan. Gates menerajui Microsoft sejak mula hinggalah pada tahun lepas 2020, beliau meletakkan jawatan. Selain itu, beliau merupakan seorang yang dermawan kepada banyak membantu negara-negara miskin melalui organisasi yang diasaskan oleh beliau dan bekas isteri beliau.
Mark Zuckerberg
Kekayaan Bersih : $97 billion
Pengasas Facebook ini merupakan billionaire termuda dalam senarai. Facebook bermula di bilik asrama Mark di Universiti Harvard. Apabila mula melihat potensi Facebook, Mark meninggalkan pelajarannya dan fokus untuk membangunkan Facebook. Kini, Facebook mempunyai 2.8 billion pengguna aktif setakat 1Q2021.
Kekayaan Facebook datang dari iklan. Apabila mempunyai pengguna yang ramai, syarikat lain banyak membuat iklan di Facebook untuk mencari pelanggan. Dengan cara ini, Facebook mengenakan yuran pengiklanan kepada syarikat lain.
Mark memperkenalkan Meta iaitu syarikat yang mengawal jenama aplikasi besar seperti Instagram dan Whatsapps. Meta dikatakan bakal membawa dimensi baru dalam dunia virtual reality.
Senarai pelabur billionaire terkaya dunia sentiasa berubah kerana kekayaan mereka dinilai pada harga saham syarikat milik mereka. Untuk melihat senarai yang terkini anda boleh klik link senarai semasa ini https://www.forbes.com/real-time-billionaires/#2096d5a3d788.
Sumber : https://www.investopedia.com/articles/investing/012715/5-richest-people-world.asp