• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

5 Pelabur yang untung besar ketika krisis ekonomi

30/10/2021 by Fahmi Ishak

Pelabur-pelabur kaya mempunyai pendekatan yang berbeza berbanding dengan pelabur runcit. Pelabur kaya lebih cenderung untuk membeli ketika ramai menjual. Seperti kata-kata Warren Buffet yang selalu diungkapkannya “buy when others fear and be fear when other become greed”. Pelabur hebat seperti Buffet telah membuktikan kepada kita bahawa sentiasa bersabar menanti peluang yang datang. Buffet membuat keuntungan yang sangat besar ketika krisis ekonomi subprime pada tahun 2008.

Bagi kita pelabur runcit mungkin susah untuk kita faham kerana kita belum pernah melalui fasa-fasa krisis sebelum ini. Bagi pelabur seperti Buffet yang pernah melalui banyak fasa krisis, mereka sudah mempunyai “school of thought” untuk berdasarkan pengalaman fasa krisis. Mari kita lihat apa yang pelabur-pelabur hebat ini lakukan ketika era krisis pada masa mereka.

Sumber : cnbc.com

WARREN BUFFET

Pada Oktober 2008, Warren Buffet mengeluarkan artikal di The New York Times di mana beliau mengisytiharkan bahawa membeli saham-saham di Wall Street ketika kredit krisis. Pembelian Buffet sebanyak US$ 5 billion dalam Goldman Sachs dan beliau dibayar 10% interest rate termasuk saham waran Goldman Sachs.

Goldman juga mempunyai pilihan untuk membeli semula saham daripada Buffet pada tanda harga 10% lebih tinggi. Perjanjian antara Buffet dan Goldman Sachs dicapai ketika krisis 2008. Namun begitu pada tahun 2011, Goldman Sachs membeli semula saham daripada Buffet. Dalam masa hanya dua tahun, Buffet membuat keuntungan yang begitu besar kerana keberanian Buffet untuk membeli ketika pelabur lain takut.

Sumber : wsj.com

JOHN PAULSON

Beliau merupakan seorang Hedge Fund Manager yang menjadi terkenal semasa krisis ekonomi 2008. Hal ini kerana beliau membuat forecast bahawa pasaran hartanah Amerika pada ketika itu akan mengalami kemerosotan. John Paulson telah meraih keuntungan untuk syarikatnya Paulson & Co. sebanyak US$ 15 billion semasa krisis. Syarikat beliau berjaya mendapat tempat dalam Bank of America dengan pembelian secara besar-besaran ketika kejatuhan ekonomi.

Selain itu, beliau juga dapat membeli dua juta saham Goldman Sachs dengan harga diskaun. Secara keseluruhan, beliau dan syarikat beliau mendapat keuntungan yang besar disamping memberikan keuntungan yang besar kepada klien-klien beliau. Oleh kerana kebijaksanaan beliau, nama John Paulson menjadi bualan orang ramai selepas krisis 2008.

Sumber : theguardian.com

JAMIE DIMON

Walaupun beliau bukan disebut sebagai salah satu pelabur hebat, Jamie Dimon menggunakan kekuatan kewangan beliau untuk membeli Bear Stearns dan Washington Mutual yang mana kedua-dua syarikat ini diisytihar bankrupt semasa subprime krisis. JP Morgan pula membeli Bear Stearns pada harga $10 per share iaitu pada harga diskaun.

Sebagai CEO JP Morgan, Jamie Dimon mendapat keuntungan apabila harga saham JP Morgan melonjak naik 3x ganda dalam masa 10 tahun dan memberikan keuntungan berganda pada pelaburnya.

Sumber : theguardian.com

BEN BERNAKE

Pada ketika itu, Ben Bernake merupakan ketua di dalam Bank Dunia yang mana ketika itu perlu memainkan peranan penting bagi memastikan sistem kewangan tidak terus runtuh. Setiap tindak tanduk Bank Dunia adalah untuk menjaga sistem kewangan Amerika Syarikat dan juga dunia. Ben Bernake telah membuktikan bahawa tindakan yang diambil beliau semasa krisis membuahkan hasil untuk Bank Dunia.

Pada tahun 2011, satu artikel menyatakan untung bersih Bank Dunia adalah US$ 82 billion pada tahun 2010. Balance sheet Bank Dunia meningkat 3 kali ganda dari US$800 billion tahun 2007. Walaupun Bank Dunia terpaksa membeli banyak aset yang rugi, namun Bank Dunia berjaya mencatatkan keuntungan berganda setelah beberapa tahun.

CARL ICAHN

Nama Carl Icahn merupakan salah satu pelabur legenda dalam dunia pelaburan saham kerana prestasi keuntungan yang dicatatkan adalah dari pembelian saham yang bermasalah. Kepakaran Carl adalah membeli syarikat yang bermasalah dan syarikat perjudian.

Carl mengetahui peaks and troughs dalam pasaran. Beliau membeli hartanah di Las Vegas dan menjana keuntungan $1.3 billion. Ketika krisis subprime Carl berjaya membeli Fontainebleau Las Vegas dengan kos $155 juta dan menjualnya pada harga $600 juta pada tahun 2017.

Sebagai kesimpulan, untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya, kita perlu sabar menunggu peluang dan bertindak dengan berani. Kejayaan dalam pelaburan hanya boleh dicapai dengan ilmu dan pengalaman. Setiap krisis ekonomi yang berlaku pasti akan ada peluang besar yang terhidang dan menunggu pelabur yang bijak.

Sumber : https://www.investopedia.com/financial-edge/0411/5-investors-that-are-both-rich-and-smart.aspx

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com