• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

5G, IOT, Ai menjadikan sektor teknologi kekal bullish

20/08/2021 by Fahmi Ishak

Dalam era globalisasi yang pesat, dunia melalui fasa pendigitalan yang pantas dengan pandemik COVID19 menjadi pemangkin yang mempercepatkan proses pendigitalan dunia. Kemajuan teknologi yang pesat dalam 5G, artificial intelligence, robotik dan internet of things (IOT) meningkatkan permintaan yang tinggi dalam industri semikonduktor. Research House (TA Securities) mengekal sentimen bullish dalam sektor teknologi dengan melihat kepada permintaan cip yang semakin menggalakkan.

SEMI menyatakan trend pertumbuhan pelaburan dalam peralatan semikonduktor menunjukkan usaha pemain industri untuk memenuhi permintaan pelanggan sedia ada. Selain itu, perlumbaan pengembangan pengeluaran kilang-kilang semikonduktor untuk memenuhi jangkaan permintaan pada masa 2-3 tahun akan datang.

Sumber : pxfuel.com

Jualan semikonduktor dunia telah meningkat 29.2% tahun ke tahun pada bulan Jun yang lalu. Produk silicon wafer juga meningkat dalam penghantaran ke seluruh dunia sebanyak 12% tahun ke tahun dan mencatatkan rekod tertinggi. World Semiconductor Trade Statistics Organisation telah membuat jangkaan di mana jualan untuk semikonduktor dunia akan mencecah RM2.23 trillion pada penghujung tahun 2021.

KETIDAKSEIMBANGAN SUPPLY DAN DEMAND PUNCA DUNIA KEKURANGAN CIP SEMIKONDUKTOR

Perkara yang berlaku hari ini adalah berpunca dari trend peningkatan yang ketara dalam penggunaan barang-barang semikonduktor seperti automation, 5G dan artificial intelligence sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kekurangan pelaburan untuk mengembangkan industri semikonduktor tidak sejajar dengan trend peningkatan permintaan. Hal ini mungkin disebabkan ketidaktentuan semasa perang perdagangan antara USA dan China (Trade War). Oleh itu pengeluaran cip semikonduktor pada masa ini tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat ditambah lagi dengan pandemik COVID19 yang memaksa dunia didigitalkan segera.

Dapat diperhatikan, permintaan barang elektronik seperti laptop, home entertainment, online gaming dan e-commerce, virtual learning mendapat sambutan hangat kerana budaya kerja dari rumah dan belajar dari rumah menjadi kempen utama dunia.

Sumber : Bank Negara

Data dalam graf di atas menunjukkan permintaan pada komputer mula ketara pada suku tahun pertama 2020. Permintaan dalam aliran yang menaik memberikan jaminan bahawa ia akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.

PERTAMBAHAN KAPASITI PENGELUARAN UNTUK MEMENUHI DEMAND

Pemilik bisnes dan kerajaan sedar akan perkara ini dan telah membuat keputusan untuk penyelesaian jangka panjang. Banyak syarikat telah mula mengkaji untuk memperbaiki supply chain structure supaya barang semikonduktor sentiasa dalam dibekalkan kepada pelanggan. Secara keseluruhan, negara-negara maju telah mula untuk memberikan insentif kepada pemain industri dan mengalakkan pelaburan untuk memajukan industri semikonduktor.

Filed Under: Blog Tagged With: semiconductor

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com