Sebelum mula melabur dan berdagang, anda perlu memahami pasaran saham dengan baik. Antara perkara penting untuk memahami pasaran saham adalah dengan mengenalpasti Trend dalam pasaran. Trend yang terdapat dalam pasaran ada tiga iaitu Uptrend , Downtrend dan Sideways. Dalam analisa teknikal terdapat kata-kata yang mahsyur iaitu “Trend is your friend until it end when it bend”. Oleh itu, penting untuk kita menjadikan Trend sebagai kawan kita jika di dalam pasaran. Bagaimana untuk kita berkawan dengan Trend? Mari saya tunjukkan bila kita patut berkawan dengan Trend dan bila kita patut tinggalkannya dengan belajar teknik trendline breakout.
Contoh 1 : Saham yang Uptrend
Contoh 2 : Saham yang Downtrend.
Uptrend dalam pasaran akan terhasil apabila harga sentiasa membuat higher high dan higher low manakala downtrend pula terhasil apabila harga sentiasa membuat lower high dan lower low. Seterusnya mari kita terus melihat apa itu berkawan dengan Trend. Teknik yang saya maksudkan adalah Breakout Trendline dan teknik ini adalah asas dalam pelaburan saham. Apabila kita melihat petunjuk Breakout Trendline , kita boleh memasuki pasaran dengan sentiasa memastikan Trend menaik untuk menjadi kawan kita. Namun, apabila trend sudah patah (when it bend) kita perlu meninggalkan saham tersebut. Sila lihat contoh yang saya maksudkan.
Contoh 1:
Harga saham di atas berada dalam aliran menurun (downtrend) bermula tahun 2018 sehingga tahun 2020. Namun pada awal tahun 2021 telah berlaku petunjuk Breakout Trendline pada saham tersebut. Pada waktu inilah kita akan mula berkawan dengannya. Tetapi apabila harga telah patah trendline seperti gambar di contoh 2, kita boleh tinggalkan saham tersebut.
Contoh 2:
Begitulah teknik mudah yang selalu diamalkan oleh para pelabur dan pedagang untuk menjana keuntungan dalam pasaran.
Harga saham di atas berada dalam keadaan Uptrend untuk beberapa ketika sehinggalah harga saham melepasi paras uptrend line seperti gambar di atas. Pada ketika itu , risiko adalah tinggi untuk kita tidak menjual saham kita. Bulatan dalam gambar adalah petunjuk untuk kita melakukan penjualan saham tersebut.
Sebagai seorang pelabur, ilmu teknikal analisis sangat penting kerana ia sangat membantu kita dalam menentukan masa membeli dan menjual saham. Banyak perkongsian tentang ilmu saham yang kami kongsikan di website Maju Saham https://majusaham.com/. Follow tips dan info menarik.