Short selling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2007. Namun begitu pada 24 Mac 2020, aktiviti short selling telah digantung kerana pandemik covid-19 melanda dan telah menyebabkan pasaran saham jatuh melebihi hadnya selain usaha Bursa Malaysia mengawal kejatuhan pasaran. Pada artikal kali ini, kita akan membincangkan tentang IDSS dan apa perkara yang pelabur tahu.
.
APA ITU IDSS ?
IDSS adalah singkatan kepada intraday short selling yang mana ia adalah satu urusan jual beli terbalik. Selalunya dalam pasaran pelabur akan membeli di harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi. Sebaliknya aktiviti IDSS membenarkan menjual di harga yang tinggi dan membeli semula di harga yang rendah. Proses ini berlaku apabila pelabur menjual dahulu saham dan kemudian membeli semula saham tersebut. Aktiviti ini mestilah berlaku dalam masa satu hari disebabkan ia dinamakan intraday.
.
PROSES MECHANISM UNTUK SHORT SELLING
Aktiviti short selling melibatkan pinjaman saham daripada pihak broker kepada pelabur. Selalunya sebelum mula untuk terlibat dengan aktiviti short selling, pelabur perlu mengisi borang dan juga perjanjian tertentu untuk memulakan aktiviti short selling dan antara perjanjian tersebut adalah Securities Borrowing and Lending. Antara syarat-syarat lain adalah pelabur mestilah tidak mempunyai kaitan dengan syarikat yang telah dibenarkan untuk aktiviti short selling oleh Bursa Malaysia. Untuk lebih memahami bagaimana proses mechanism short selling, sila rujuk gambar di bawah.
Bagi membezakan saham-saham yang boleh didagangkan secara short selling, pelabur boleh melihat pada simbol ‘ ^ ‘ pada nama saham tersebut.
STATUS PATUH SHARIAH IDSS
Sebelum melihat kepada IDSS, perlu diketahui terdapat beberapa jenis short selling yang ditawarkan oleh pihak Bursa Malaysia. Antaranya adalah Regulated Short Selling (RSS). RSS adalah short selling yang diamalkan oleh pelabur besar seperti pelabur institusi dan proprietry day trader (PDT). RSS mempunyai tempoh yang lebih lama iaitu pegangan tidak lebih 12 bulan. Panel syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, telah mengiktiraf RSS sebagai patuh syariah manakala IDSS TIDAK PATUH SYARIAH.
Regulated Short Selling lebih kepada aktiviti terkawal dan hanya dilakukan oleh pelabur besar manakala Intraday Short Selling adalah lebih untuk short term dan hanya melibatkan teknikal analisis. Tujuan utama aktiviti short selling adalah untuk meningkat kecairan dalam pasaran.
Nak tips dari Maju Saham ?
Follow Telegram kami https://t.me/msinsight
Follow Website kami https://majusaham.com/