• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Apa itu kawalan risiko?

22/12/2021 by Fahmi Ishak

Untuk berjaya dalam dunia pelaburan, kita perlu tahu risiko yang diambil sama ada besar atau kecil. Sangat penting untuk seorang pelabur memahami risiko dalam setiap pelaburannya. Secara amnya, risiko ini dapat dikawal dengan beberapa cara iaitu dengan menganalisa potensi kerugian dan potensi keuntungan. Teknik ini dinamakan penilaian risiko. Bagi setiap syarikat penilaian risiko sangat penting dalam perniagaan. Ini adalah untuk memastikan syarikat berada dalam landasan yang betul dalam menjalankan perniagaan. Kawalan risiko adalah melaksanakan gerak pro-aktif dengan mengubah risiko dalam beberapa tempat supaya ia mengurangkan kebarangkalian untuk kehilangan aset dan pendapatan.

Businesswoman using a tablet to analysis graph company finance strategy statistics success concept and planning for future in office room.

Bagaimana mengawal risiko?

1. Mengelak Risiko

Cara terbaik untuk mengawal risiko adalah dengan mengelak daripada mengambil risiko tersebut. Jika anda tidak mahu terdedah dengan risiko kehilangan wang dalam pelaburan saham, cara yang paling mudah adalah dengan tidak melabur dalam pelaburan saham. Ini adalah cara paling selamat dalam menguruskan risiko. Namun begitu, apabila kita tidak mengambil risiko, kita terlepas dari potensi keuntungan dalam pelaburan.

2. Menerima Kerugian

Seterusnya adalah dengan menerima kerugian dan cubaan meminimakan kerugian tersebut. Dalam pelaburan saham, anda boleh menerima kerugian dengan meletakan Stop Loss. Ini adalah salah satu cara kawalan risiko dalam pelaburan saham. Pelabur perlu membuat kiraan nisbah risk to reward untuk menerima kerugian dan menjangkakan potensi keuntungan.

Kawalan risiko juga boleh dibuat dengan mempelbagai portfolio atau diversification. Untuk memastikan perniagaan kita tidak bergantung pada satu sumber pendapatan, diversify kepada cabang perniagaan yang lain adalah cara terbaik dalam kawalan risiko. Risiko dapat dikurangkan kerana kita mempunyai banyak sumber pendapatan.

Kesimpulan

Sebagai seorang pelabur, anda perlu faham dan mendalami bagaimana untuk menguruskan portfolio dengan baik. Dalam buku Dr. Alexander Elder, The New Psychology Trading for a living memberitahu bahawa risiko adalah salah satu daripada tiang dalam pelaburan. Setiap pelaburan datang dengan risiko yang tersendiri. Maka, kita perlu bijak menguruskannya.

Selamat Mencuba.

Sumber : https://www.investopedia.com/terms/r/risk-control.asp

Baca artikal menarik di sini https://majusaham.com/

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com