• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Apa perlu anda buat jika saham bertukar status shariah?

08/06/2021 by Fahmi Ishak

Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menjalankan exercise untuk menyemak kembali status syarikat patuh shariah dan tak patuh shariah dan akan mengeluarkan senarai baru pada bulan Mei dan November setiap tahun. Exercise ini adalah untuk memastikan semua syarikat patuh shariah di Bursa Malaysia sentiasa berlandaskan peraturan yang telah ditetapkan untuk mencapai status patuh shariah. Berikut adalah senarai saham bertukar status kepada tidak shariah dan yang baru mendapat status shariah.

Jika anda mempunyai saham yang tersenarai di atas, apa yang perlu anda lakukan?

Anda tidak perlu panik jika perkara ini berlaku, hal ini kerana Suruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan garis panduan untuk tindakan yang perlu anda lakukan jika saham anda bertukar status. Sila rujuk gambar di bawah.

Sumber : Lariba Consulting
Sumber : Lariba Consulting

Status shariah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti berpandukan kaedah yang telah ditetapkan oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti. Untuk maklumat lanjut anda boleh membaca di laman web Bursa Malaysia https://www.bursamalaysia.com/bm/trade/our_products_services/islamic_market/shariah_governance/shariah_screening_methodology

Apakah kaedah penyaringan yang digunakan?

Sebagai penyaringan awal, syarikat-syarikat dengan kegiatannya tidak bertentangan dengan prinsip Syariah akan diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah. Sebaliknya, syarikat-syarikat akan dianggap tidak patuh Syariah sekiranya mereka terlibat dalam aktiviti teras berikut:

  • Perkhidmatan kewangan berdasarkan riba (faedah);
  • Perjudian;
  • Pembuatan atau penjualan produk bukan halal atau produk berkaitan;
  • Insurans konvensional;
  • Aktiviti hiburan yang tidak dibenarkan menurut Syariah;
  • Pembuatan atau penjualan produk berasaskan tembakau atau produk berkaitan;
  • Pembrokeran saham atau perdagangan saham pada sekuriti tidak patuh Syariah, dan

Sebagai orang Islam kita digalakkan untuk memilih saham yang patuh shariah kerana ia telah ditetapkan di dalam Al-Quran supaya menjaga sumber pendapatan kita dari yang haram. Kita diwajibkan untuk mencari yang pendapatan yang halal dan baik. Selain itu, dengan membeli saham shariah kita dapat membantu pembangunan pasaran modal Islam dan pembangunan instrumen Islam yang lain.

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com