Dalam pelaburan saham, pembayaran dividen adalah pengagihan kekayaan yang dicapai syarikat kepada para pelabur yang mana jumlah pembayaran akan ditentukan oleh ahli lembaga pengarah syarikat. Dividen layak diberikan kepada mereka yang membeli saham tersebut sebelum tarikh ex-date yang telah diumumkan syarikat. Syarikat bayar dividen sebagai tanda terima kasih kepada para pelabur kerana percaya dengan misi dan visi syarikat dan sanggup untuk melabur wang di dalam syarikat.
Apa itu Dividen?
Dividen boleh dibayar dalam bentuk cash ataupun additional shares kepada pelabur. Selain itu, dividen selalunya diambil dari nilai keuntungan bersih syarikat yang mana nilai tersebut akan ditetapkan oleh ahli lembaga pengarah. Jika syarikat mencatatkan keuntungan yang banyak, syarikat tersebut selalunya akan mengisytiharkan pembayaran dividen kepada para pelabur.
Syarikat-syarikat besar yang stabil selalunya menetapkan pembayaran dividen secara berkala dan konsisten. Hal ini kerana, syarikat ini sudah dapat mensasarkan keuntungan yang bakal mereka catatkan. Pembayaran dividen dibuat dalam masa bulanan , suku tahun atau tahunan mengikut polisi yang ditetapkan oleh syarikat. Syarikat POWER ROOT BERHAD merupakan syarikat yang membayar dividen kepada pelaburnya secara konsisten. Pada tahun ini POWER ROOT telah membuat pembayaran dividen sebanyak dua kali iaitu pada bulan Januari 2021 dan April 2021.
Tarikh penting yang perlu anda tahu.
Pembayaran dividen akan dibuat mengikut kronologi yang telah ditetapkan. Tarikh-tarikh ini penting untuk menentukan pelabur yang layak untuk menerima dividen.
Announcement date : Dividen diumumkan oleh pengurusan syarikat dan perlu mendapat kelulusan dari ahli lembaga pengarah dan pemegang saham sebelum dibayar kepada semua pelabur.
Ex-date : Tarikh akhir dimana pelabur layak untuk mendapat dividen. Sebagai contoh jika ex-date ditetapkan pada 5 June 2021, pelabur yang membeli pada dan selepas tarikh ex-date tidak layak untuk menerima dividen kerana expiry date untuk terima dividen pada 5 June 2021.
Payment date : Adalah tarikh di mana syarikat mula membayar dividen dan pembayaran dimasukkan ke dalam akaun penerima.
Kesan pembayaran dividen pada harga saham
Pembayaran dividen adalah aliran wang yang keluar dari syarikat. Oleh itu, pembayaran dividen memberi impak kepada harga saham. Apabila pengumuman dividen dibuat, selalunya harga saham akan naik mengikut nilai dividen yang diumumkan dan apabila dividen dibayar kepada pelabur, harga saham akan jatuh mengikut nilai yang sama.
Sebagai contoh, Syarikat A mengumumkan dividen RM1 sesaham dan pada waktu itu harga saham didagangkan pada waktu saham tersebut didagangkan pada paras RM4.50 sehari sebelum ex-date. Pada hari ex-date, harga akan adjusted menjadi RM3.50 kerana pleabur yang membeli pada tarikh tersebut tidak akan menerima dividen.
Syarikat bayar dividen kerana mereka ingin melahirkan rasa terima kasih kepada semua pelabur. Selain itu, membayar dividen kepada pelabur menunjukkan syarikat tersebut mempunyai pendapatan yang stabil.
Baca artikel lain dari team Maju Saham : https://www.investopedia.com/search?q=dividend