Dalam falsafah trading Dr. Alexander Elder seorang penulis buku yang terkenal “The NEW Trading for a Living”.
Beliau membahagikan trading kepada tiga bahagian .
- Pertama : Psikologi
- Kedua : Pengurusan kewangan
- Ketiga : Teknikal Analisis
Rata-rata antara kita yang baru terlibat dengan dunia trading pasti akan terfokus pada teknikal analisis sebagai asas kepada pelaburan dan perdagangan. Kita akan lebih tertarik untuk belajar candlestick pattern, chart pattern dan volume price action. Hal ini kerana , bahagian pertama dan kedua adalah sesuatu yang membosankan.
Untuk menjadi seorang trader yang kuat emosi memerlukan pengalaman. Pengalaman akan mengajar dan mematangkan seorang trader. Ini adalah satu proses yang perlu seorang trader lalui. Dunia trading adalah dunia professional di mana untuk menjadi seorang yang pakar kita perlu menjalani fasa memantapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan.
Dalam buku Dr. Alexander Elder , beliau mengatakan kerjaya seorang trader adalah sama seperti kerjaya seorang pemandu kapal terbang. Jika kita ingin betul-betul mahir , kita perlu menghabiskan berpuluh ribu jam untuk menjadi mahir dan memahami asas kepada pelaburan dan perdagangan.
Tetapi, pada bahagian kedua iaitu pengurusan kewangan dalam trading sangat penting bagi saya yang mana ramai trader baru yang selalu koyak pada bahagian kedua. Banyak mazhab pengurusan kewangan dalam trading. Saya kongsikan dua cara mudah dalam pengurusan kewangan.
- 50% RULE. Hanya guna separuh dari capital untuk trade.
Contoh: Jika modal kita trade adalah RM10,000. Kita hanya boleh guna untuk trade RM5,000. Ini adalah untuk kita protect capital daripada terus hangus. Dengan cara ini, kita dapat melatih diri untuk mengembangkan modal yang ada.
- 2% RULE: Pastikan dalam trading plan stop loss hanya pada 2% dari modal trade.
Contoh: Jika anda masuk position dengan RM 5,000. Jika harga turun kurang dari RM4900, terus tekan stop loss anda. Stop loss yang ketat adalah untuk melatih disiplin dalam diri. Walaubagaimana pon , stop loss bergantung pada risk tolerance masing-masing.
Dalam dunia moden serba canggih, kita perlu rajin untuk mencari ILMU PERCUMA yang banyak di google, youtube, facebook dan sebagainya. Nak terlibat dengan dunia pelaburan dan perdagangan mesti jadi rajin. Biasakan untuk membaca berita terkini di channel Maju Saham Daily. Setakat itu dulu apa yang saya kongsikan. Insya-Allah , saya akan kongsikan bagaimana untuk membina trading plan yang mantap di sesi yang akan datang.