• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Asas Teknikal Analisis : Breakout Trendline

26/09/2021 by Fahmi Ishak

Dalam pelaburan saham, terdapat banyak cara dan teknik untuk kita menganalisa pergerakan harga saham. Dr. Elder Alexander menyatakan bahawa teknikal analisis adalah suatu tiang yang sangat penting dalam dunia pelaburan saham. Ilmu teknikal analisis semakin popular di kalangan masyarakat kerana semakin ramai yang terlibat dalam dunia pelaburan termasuk Forex , CFD dan Cryptocurrency. Ini menunjukkan perkembangan yang baik dan merancakkan lagi pasaran yang ada. Pada artikal kali ini kita akan belajar asas kepada teknikal analisis iaitu Breakout trendline.

Sebelum itu kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan “Breakout” dan “Trendline”. Harga saham bergerakan disebabkan ada supply dan demand. Jika anda melihat contoh carta di bawah, anda akan dapat melihat peningkatan permintaan akan menolak harga ke atas dan permintaan yang berkurang akan menolak harga ke bawah.

  1. Saham QL Resources
Sumber: Tradingview.com

2. Saham FGV

Sumber : Tradingview.com

SAHAM BERGERAK DALAM TREND MENAIK, MENURUN DAN SIDEWAY

Saham hanya akan bergerak dalam tiga aliran iaitu menaik (uptrend), menurun(downtrend) dan sideway. Selain itu, pergerakan saham yang sihat adalah dengan hukum struktur pasaran yang lengkap dengan low(L), high(H), higher low(HL) dan higher high(HH). Apabila saham tersebut melepasi paras high terdekat, ia dinamakan “Breakout”.

Seterusnya, trendline pula adalah sambungan antara high dengan high yang lain atau antara low dengan low yang lain. Trendline membentuk aliran menaik (uptrendline) dan menurun (downtrendline). Sila lihat contoh di bawah.

Gambar di atas menunjukkan saham MYEG berada dalam fasa downtrend dengan membuat new lower high (LH) yang baru. Apabila saham MYEG berjaya melepasi downtrendline tersebut, selalunya harga akan meneruskan kenaikan. Jika disokong dengan kehadiran volume yang besar, ini akan menguatkan lagi momentum harga untuk naik. Seperti gambar di atas, MYEG berjaya melepasi paras harga RM0.75 dan meneruskan kenaikan hingga RM1.12.

Teknik ini selalunya boleh dilihat pada saham yang sedang berada dalam fasa downtrend. Teknik ini juga sesuai untuk swing trading. Selain daripada melihat hanya kepada breakout, kehadiran volume sangat penting kerana hanya dengan volume harga akan bergerak. Oleh itu, sebagai pelabur pemahaman volume price action juga penting. Akhir kata, melaburlah dengan apa juga teknik sekalipun, yang penting adalah kita tahu apa yang kita buat dan menjaga modal pelaburan sebaiknya.

Selamat Melabur.

Baca artikal menarik di sini https://majusaham.com/category/blog/

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com