• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Bagaimana kira-kira cukai keuntungan saham

03/06/2021 by Fahmi Ishak

Pelaburan saham adalah perniagaan yang sah dan patuh shariah di Malaysia. Setiap pelabur tertakluk dengan undang-undang yang dikuatkuasa di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Keuntungan dalam saham dikategorikan dalam pendapatan peningkatan modal yang mana tidak dikenakan cukai keuntungan saham.

Hal ini kerana, dalam transaksi jual beli saham itu sendiri sudah ada cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Baca di sini untuk mengetahui cukai yang dibayar semasa transaksi jual beli saham https://majusaham.com/berapa-kos-jual-beli-saham/. Namun begitu, jika seseorang ingin membayar cukai keuntungan saham kerana mempunyai pendapatan yang konsisten di pasaran saham, Cukai keuntungan saham dikira seperti cukai pendapatan tahunan.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita digalakkan untuk membayar cukai jika kita mempunyai pendapatan tetap dalam pelaburan saham. Pendapatan tetap ini selalunya bagi pelabur yang melabur secara sepenuh masa. Pendapatan yang mencukupi syarat untuk dikenakan cukai hendaklah dilunaskan dengan cara yang betul.

Kadar cukai yang perlu di bayar boleh dirujuk pada kadar taksiran cukai LHDN seperti di bawah.

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri

Contoh pengiraan cukai pendapatan jika anda seorang yang mempunyai pendapatan tetap dalam melabur dan cukup syarat untuk dikenakan cukai adalah seperti di bawah.

Encik Ali merupakan seorang fulltime trader di Bursa Malaysia. Encik Ali menjalankan urusan niaga jual beli saham secara konsisten setiap bulan. Encik Ali mempunyai pendapatan kasar sekitar RM3,000-RM5,000 sebulan. Untuk contoh ini kita akan mengambil purata pendapatan Encik Ali iaitu sekitar RM4,000 sebulan. Oleh itu pendapatan tahunan Encik Ali adalah RM48,000 setahun.

CARA PENGIRAAN CUKAI

Pendapatan Tahunan = RM48,000

Untuk RM35000 pertama = RM600 (cukai)

Kadar Cukai = RM48,000 – RM35001

= RM12,999 x (8%)

= RM 1039.92

Jumlah cukai yang perlu bayar = (RM600 + RM1039.92)

Bagi pelabur yang mendapat keuntungan secara berkala iaitu setahun atau lebih, pelabur boleh memilih untuk mengisytiharkan keuntungan atau tidak. Hal ini kerana, pendapatan melalui peningkatan modal tidak dikenakan cukai pendapatan. Namun begitu, cukai yang kita bayar sangat membantu negara kita dalam membina dan membangunkan segala infrastruktur seperti jalanraya dan sebagainya. Oleh itu sebagai pelabur yang menyayangi negara kita perlu menyumbang kepada negara dengan membayar cukai keuntungan saham apabila kita mendapat keuntungan.

Selain itu, sebagai pelabur saham yang membayar cukai pendapatan, kita mendapat kelebihan apabila membuat permohonan pinjaman. Bukti pembayaran cukai boleh digunakan untuk memudahkan proses memohon pinjaman bank. Akhir kata, dengan mengisytiharkan pembayaran cukai akan memberi banyak manfaat kepada kita sebagai seorang pelabur.

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com