Pelaburan saham adalah satu perniagaan yang melibatkan pelbagai pihak. Syarikat saham adalah tunjang kepada ekonomi negara. Oleh itu, pelaburan saham bukanlah satu permainan tetapi perniagaan yang mempunyai sandaran asset syarikat dan diuruskan oleh orang-orang yang berkelayakan dan berpengaruh. Terdapat hampir 1000 syarikat saham di Bursa Malaysia. Oleh itu ,pemilihan saham yang betul sangat penting untuk menjamin keuntungan boleh dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan. Kenali bagaimana cara mengenal saham kegemaran institusi.
Pemilihan saham menggunakan metod CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut. Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘I’ iaitu institutional.
Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham. Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :
- ‘C’ – Current Quarter Earning
- ‘A’ – Annual Earning
- ‘N’ – New product/management/event
- ‘S’ – Supply and Demand
- ‘L’ – Leader/laggard
- ‘I’ – Institutional
- ‘M’ – Market direction
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ‘INSTITUTIONAL’ ?
Institutional merujuk kepada satu entiti pelaburan sama ada kerajaan ataupun swasta yang melabur dalam pasaran modal atau lebih dikenali sebagai Jerung dalam kalangan pelabur. Jerung adalah entity yang mempunyai kuasa beli yang besar dan boleh menggerakkan pasaran naik ataupun turun. Contoh badan institusi yang terkenal di Bursa Malaysia adalah seperti di bawah:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
- Lembaga Tabung Haji (LTH)
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Dalam metod CANSLIM, kriteria ‘I’ institutional ini penting untuk melihat syarikat-syarikat kegemaran institusi dimana mereka akan memegang saham syarikat yang berpotensi untuk berkembang di masa akan datang. Syarikat saham yang dibeli oleh pihak institusi membuktikan bahawa syarikat tersebut mempunyai asas kewangan syarikat yang baik.
Mari kita lihat bagaimana untuk mengetahui syarikat yang telah dibeli oleh institusi di Bursa Malaysia.
- PMETAL
Sumber : bursamarketplace.com
Syarikat PMETAL merupakan leader dalam industri pembuatan Aluminium. Syarikat ini mencatatkan keuntungan bersih yang konsisten sepanjang 5 tahun yang lalu. Seperti dalam gambar di atas, KWSP/Employees Provident Fund (EPF) mempunyai pegangan sebanyak 4.98% di dalam syarikat PMETAL.
2. BANK ISLAM
Sumber : bursamarketplace.com
Bank Islam adalah anak syarikat kepada Lembaga Tabung Haji (LTH) tidak hairanlah LTH merupakan pemegang terbesar dalam saham Bank Islam. Diikuti oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) pemegang kedua terbesar iaitu sebanyak 14.29%. Lain-lain institusi besar yang mempunyai saham Bank Islam adalah KWSP dan KWAP.
3. Boustead Plantation (BPLANT)
Syarikat Boustead Plantation di bawah kumpulan Boustead Holdings dimana syarikat Boustead Holdings adalah di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Gambar menunjukkan pegangan LTAT sebanyak 12.10%.
Saham BPLANT berada dalam aliran uptrend sejak kejatuhan yang besar pada Mac 2020. Dengan pasaran komoditi kelapa sawit berada dalam keadaan super bullish cycle, memberikan manfaat besar pada saham-saham perladangan seperti BPLANT.
Inilah gaya pemilihan saham kegemaran institusi menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji badan institusi mana yang membeli dan menyimpan saham tersebut. Jika terdapat banyak institusi yang membeli saham tersebut, ini menunjukkan saham tersebut merupakan syarikat yang bernilai dan sesuai untuk dilaburkan. Akhir kata dari saya, analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.
Nak follow tips saham dan info terkini ? Klik link dibawah