Pasaran saham adalah tempat dimana pelabur yang mempunyai lebihan wang ingin mengembangkan wang mereka dan syarikat yang mempunyai kekurangan modal ingin mendapatkan modal untuk mengembangkan bisnes mereka. Persoalan yang selalu timbul dalam kalangan pelabur bagaimana untuk memilih syarikat saham yang berpotensi memberikan pulangan 1X , 2X , 3X malah ada yang memberikan pulangan 10X ganda. Peter Lynch merupakan seorang pelabur tersohor yang mana memperkenalkan konsep saham multibagger. Bagger adalah saham yang mampu memberikan pulangan 1X daripada modal pelaburan yang kita laburkan.
Pengasas kepada FIRL (Finance In Real Life), telah menggabungkan beberapa kriteria untuk mengenalpasti saham-saham yang berpotensi memberikan pulangan 10X atau saham multibagger di Bursa Malaysia. Beliau memperkenalkan tujuh kriteria penting dalam membuat kajian saham 10X.
7 KRITERIA PENTING
- Market capitalization yang rendah
- Mempunyai TAM (total addressable market) yang berkembang
- MOAT (a durable competitive advantage)
- Majoriti share dikawal oleh bisnes owner
- ROIC (return on investment capital) yang menaik
- Valuation yang munasabah
- PE (price earning ratio) yang berkembang
1 – Market capital yang rendah.
Dalam kriteria pertama, adalah penting untuk mencari market capitalization yang rendah kerana market capitalization yang rendah memberikan ruang kepada syarikat untuk berkembang di masa hadapan dan menunjukkan syarikat masih lagi di dalam fasa permulaan bisnes. Jika kita melihat pada syarikat yang mempunyai market capital lebih dari 1 billion, kebanyakan mereka sudah melepasi fasa exponential growth. Oleh itu kriteria pertama untuk saham 10X adalah mempunyai market capital yang rendah.
CONTOH SYARIKAT 10X DALAM MARKET CAPITAL
Syarikat | Market Capital (early stage) | Market Capital (current stage) |
QL Resources | RM 100 juta (2000) | RM 13.8 billion (2021) |
Yinson | RM 157 juta (2011) | RM 5.26 billion (2021) |
Press Metal | RM 91 juta (2005) | RM 39.41 billion (2021) |
MY E.G | RM 69 juta (2007) | RM 6.21 billion (2021) |
2 – Mempunyai TAM (total addressable market) yang berkembang.

Maksud TAM adalah merujuk kepada industri atau market yang luas untuk syarikat tersebut berkembang di dalam market atau industri tersebut. Ini adalah penting untuk melihat potensi syarikat untuk berkembang di dalam market yang luas. TAM perlu dilihat dari segi potensi industri untuk berkembang di masa hadapan. Sebagai contoh syarikat GREATECH berada di dalam TAM yang sangat luas dan memberikan mereka potensi untuk berkembang dengan lebih jauh.
3 – MOAT (a durable competitive advantage)
Dalam bahasa mudah MOAT adalah kelebihan yang ada pada syarikat tersebut dan pesaing lain dalam industri yang sama tidak boleh mengatasi kelebihan tersebut. Sebagai contoh syarikat TIMEdotcom mempunyai kelebihan dalam menyediakan internet fibre murah berbanding syarikat Telekom Malaysia TM. TIMEdotcom mampu meletakkan harga 45% lebih murah dengan kadar kelajuan yang sama. Lihat gambar di bawah. Ini menunjukkan TIME berada dalam MOAT yang baik berbanding TM.

4 – Majoriti share dikawal oleh bisnes owner
SYARIKAT | LARGEST SHAREHOLDER | OWNERSHIP |
---|---|---|
QL Resources | Chia Family | > 50% |
Yinson | Lim Family | > 30% |
Press Metal | Koon Bros | 59.5% |
MY E.G | Wong Thean Soon | 32% |
Seperti jadual di atas, majoriti syarikat dikawal oleh pemilik bisnes. Oleh sebab itu, kekayaan mereka ditentukan oleh perkembangan bisnes tersebut. Oleh itu, sebagai pelabur, kita boleh membina kekayaan bersama pemilik bisnes dengan menjadi pelabur di dalam bisnes mereka. Gaya pelaburan Peter Lynch ini lebih kepada long term investment. Antara faktor lain yang menyebabkan ciri ini penting ialah owner ada skin in the game. Mereka willing untuk ambil risiko yang tinggi untuk apa yang mereka usahakan.
5 – ROIC (return on investment capital) yang tinggi
Dalam pelaburan saham, kebanyakan syarikat mampu untuk memberikan pulangan antara 8%-10%. Oleh sebab itu, pelaburan unit trust dan ETF mampu menjanjikan pulangan dalam julat tersebut. ROIC yang tinggi adalah apa-apa nilai yang lebih dari 10% (double digit). Sebagai contoh, syarikat QL Resources memberikan pulangan sebanyak 365% setiap sejak tahun 2003 hingga 2021. Perkembangan ini adalah sesuatu yang sangat luar biasa. Oleh itu, apa yang penting untuk pelabur adalah mencari syarikat yang konsisten memberikan pulangan melebihi 10%-20% setiap tahun.
6 – Valuation yang munasabah
Bagaimana menentukan valuation yang munasabah? Cara yang mudah untuk melihat valuation syarikat adalah dengan melihat pendapatan syarikat dengan nilai wang kita membeli syarikat tersebut iaitu nilai P/E. Nilai P/E memberikan gambaran berapa lama kita akan mendapat kembali modal pelaburan. Valuation syarikat boleh dibandingkan dengan syarikat yang berada di dalam industri yang sama.
7 – PE (price earning ratio) yang berkembang
SYARIKAT | P/E BEFORE | P/E AFTER |
---|---|---|
QL Resources | 10X – | 55X |
Yinson | Not much change | Not much change |
Press Metal | 10X | 34X |
MY E.G | 20X | 31X |
Seperti jadual di atas, syarikat yang mempunyai P/E ratio yang berkembang memberi gambaran bahawa syarikat berada dalam growth yang baik. Walaubagaimanapun, nombor-nombor di atas tidak mempengaruhi peningkatan harga saham secara mutlak.
KESIMPULAN
Masalah untuk mencari syarikat saham 10X gaya Peter Lynch adalah memerlukan masa yang sangat lama dimana kebanyakan pelabur di sanggup untuk menunggu saham tersebut memberikan pulangan yang baik. Kunci kepada pencarian saham 10X adalah kesabaran yang tinggi. Kebaikan lain adalah 5 kriteria di atas mudah untuk dilihat dalam laporan kewangan syarikat. Hanya MOAT dan TAM memerlukan pemikiran yang kritis dan kajian yang mendalam. Selamat Mencuba !