• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Bagaimana proses memohon saham IPO melalui MITI

06/05/2021 by Fahmi Ishak

Masih ramai dalam kalangan pelabur dan pedagang yang belum terlibat dengan saham IPO. Hal ini kerana, ramai antara kita yang tidak tahu bagaimana proses untuk memohon saham IPO melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Selain dari itu, ramai yang tidak tahu bahawa semua orang layak untuk memohon saham IPO lebih-lebih lagi dalam kalangan Bumiputera kerana saham khas Bumiputera memang digazetkan untuk orang-orang Bumiputera.

Siapa yang layak untuk memohon saham khas Bumiputera?

Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

Individu

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus Bumiputera;
  • Berumur 18 tahun ke atas; dan
  • Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi sekurang-  kurangnya RM1,000.

**Nota: Pelajar tidak layak memohon.

Syarikat

  • Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
  • Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
  • Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
  • Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
  • Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
  • Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk pemegang saham/ahli lembaga pengarah;
  • Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Koperasi/Yayasan

  • Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera; dan
  • Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Dalam erti kata lain bagi individu, semua orang layak untuk memohon saham khas Bumiputera.

Hakikatnya, permohonan saham khas Bumiputera perlu melalui proses dan prosedur yang telah ditetapkan. Pemohon perlu mendaftar di laman sesawang https://sahamonline.miti.gov.my/. Mari kita lihat bagaimana proses permohonan saham IPO melalui MITI.

Sumber : Youtube MITI Malaysia

Setelah anda menghantar borang permohonan saham IPO yang lengkap ke alamat yang tertera, anda boleh menyemak keputusan permohonan selepas 40 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan tetapi ia tertakluk kepada pindaan. Keputusan yang dikeluarkan oleh MITI adalah muktamad. Untuk info lebih lanjut anda boleh membaca soalan-soalan lazim berkenaan saham khas Bumiputera di sini https://sahamonline.miti.gov.my/faq. Selamat mencuba.

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com