• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Bandwagon effect : Apa kaitannya dengan pasaran saham?

23/04/2021 by Fahmi Ishak

Dalam kehidupan manusia, kita sering terpengaruh dengan keadaan sekeliling hanya disebabkan perkara tersebut dilakukan oleh majoriti dalam masyarakat. Inilah yang dikatakan Bandwagon Effect yang terjadi disebabkan tindak balas psikologi manusia untuk melakukan perkara yang sama kerana kita cenderung untuk mempunyai herd mentality dan menngikut kumpulan majoriti. Bandwagon effect boleh dilihat di segenap penjuru kehidupan kita bermula dari tingkah laku pengguna hinggalah dalam aktiviti pelaburan malah dalam politik turut sama berlaku.

Perkataan bandwagon diasaskan oleh Dan Rice yang melakukan jelajah ke seluruh negaranya untuk melaksanakan kempen pilihanraya President Zachary Taylor pada kurun ke-19 dengan kereta perarakkan berhias. Kempen Dan Rice yang mengajak orang ramai untuk ‘jump on the wagon’ dan menyokong President Taylor. Sehinggalah pada kurun ke-20, bandwagon menjadi norma kebiasaan dalam kempen politik di negara tersebut. ‘Jump on the bandwagon’ menjadi perkataan rasmi yang digunakan untuk menggambarkan fenomena manusia melibatkan diri untuk menjadi majoriti walaupun ia bertentang dengan pegangan kepercayaan mereka.

BANDWAGON EFFECT DALAM TINGKAH LAKU PENGGUNA

Seringkali kita dalam melihat fenomena bandwagon effect ini di dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, lebih kurang 1-2 tahun yang lalu, bandwagon effect yang melanda rakyat Malaysia adalah kegilaan orang untuk memiliki motosikal Y15. Bermula dari pelajar sekolah hinggalah ahli politik bahkan juga mempengaruhi usahawan-usahawan terkenal di Malaysia. Di mana-mana sahaja kita dapat lihat orang memiliki motosikal Y15 walaupun sebenarnya kita tidak perlu untuk membelinya, hanya disebabkan majoriti masyarakat membeli , kita juga terikut untuk membeli motosikal tersebut. Dalam contoh yang lain, pada musim PKP yang lepas, orang ramai berpusu-pusu ke kedai basikal untuk membeli basikal mahal yang kononnya adalah hobi baru bagi mereka. Ini juga adalah satu contoh bandwagon effect yang sangat jelas di mana tak kira lelaki atau perempuan, tua ataupun muda, semua orang mahu memiliki basikal mahal tersebut dan menyertai aktiviti sukan yang dilakukan oleh majoriti masyarakat pada ketika itu.

APA KAITANYA DENGAN PASARAN SAHAM?

Jika bandwagon effect berlaku di dalam masyarakat, maka dalam pasaran saham juga perkara yang sama berlaku. Hal ini kerana manusia tidak terlepas untuk dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Kecenderungan manusia untuk mengikut manusia lain melakukan dan mengambil tindakan yang sama adalah sangat tinggi. Ditambah pula orang yang mereka sanjungi dan kagumi melakukan perkara tersebut.

Manusia cenderung untuk melakukan perkara yang majoriti mengiktirafnya.

Dalam pelaburan saham, kesan kepada bandwagon effect adalah lebih parah kerana ia datang dengan risiko yang tinggi dan melibatkan kehilangan harta dan wang. Pelabur yang baru selalunya mudah dipengaruhi oleh nasihat sekeliling dalam pasaran dan mudah untuk mendengar dan mengikut informasi di media sosial tanpa melakukan kajian terlebih dahulu.

Selalunya dalam pasaran pelabur baru akan cenderung membeli saham yang sudah naik dan berada di puncak. Hal ini kerana, psikologi manusia tertarik apabila melihat kejayaan yang telah dicapai oleh orang lain. Apabila ramai orang sudah tunjukkan keuntungan dalam sesuatu saham, pelabur baru tertarik dan membeli saham tadi. Apa yang berlaku adalah, apabila smart money mula mengambil keuntungan dan saham tersebut jatuh. Ini akan menyebabkan panik bagi pelabur baru dan mereka akan menjual saham tersebut dan menerima kerugian.

Hal ini adalah kitaran biasa dalam pasaran saham. Kita lebih tertarik membeli saham yang sudah naik dan berada di puncak bahagia. Tabiat seperti ini perlu kita jauhi, kerana untuk menjadi pelabur yang bijak kita perlu melakukan analisa saham dengan terperinci sebelum membuat keputusan.

Belajarlah pelaburan saham dengan betul supaya kita yakin dengan ilmu yang kita ada dan tidak terikut-ikut dengan keadaan sekeliling.

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com