“Berapa kos jual beli saham?”
“Betul ke saham ni banyak kos tersembunyi?”
Bukan tersembunyi, saham juga mempunyai beberapa yuran yang perlu di bayar kerana ia melibatkan ramai pihak. Seperti broker dan clearing house. Sama seperti membeli rumah, kita perlu membayar kos-kos lain yang terlibat. Dalam membeli dan menjual saham terdapat empat kos yang perlu pelabur tahu.
1. Brokerage fee (Yuran Broker)
2. Clearing fee (Yuran kepada Bursa Malaysia)
3. SST (Yuran kepada Kerajaan)
4. Duty setem (Yuran kepada LHDN)
Okay , mari kita lihat pengiraan kos-kos yang terlibat dalam jual beli saham.
- BROKERAGE FEE
Brokerage fee adalah yuran yang dikenakan oleh broker. Kadar brokerage fee adalah berbeza mengikut broker. Ia ditetapkan pada kadar nilai minimum , peratusan % , intraday dan modal.
- CLEARING FEE
Adalah yuran yang dikenakan oleh Bursa Malaysia sebagai clearing house. Caj clearing fee adalah tetap sebanyak 0.03%. (Maksimum RM200).
- DUTI SETEM
Duti setem adalah bayaran yang dikenakan oleh Bursa Malaysia untuk setiap transaksi yang kita lakukan untuk jual beli saham. Duti setem dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). RM1 dikenakan untuk setiap transaksi RM1000. (Maksimum RM200).
- SST 2.0
Caj SST 2.0 pulak adalah yuran yang dikenakan oleh kerajaan sebanyak 6%. Ia dikenakan ke atas brokerage fee.Mari kita lihat contoh di bawah.
Fahamkan contoh di bawah:
Saham DNEX, harga semasa : RM0.96/unit. Minimum belian adalah 100 unit.
RM 0.96 x 100 = RM 960
- Brokerage Fee
RM960 x 0.48% = RM 4.608 (minimum RM8) Malacca Securities Rate
- Clearing Fee
RM960 x 0.03% = RM 0.288
- Duti Setem
RM 1 (setiap transaksi RM1000)
- SST 2.0
RM 8 (Brokerage Fee) x 6% = RM 0.48
JUMLAH KESELURUHAN
= RM 960 + RM8 + RM0.288 + RM1 + RM0.48
= RM 969.768
Setiap caj boleh dilihat pada contract note setelah kita melakukan transaksi. Walaupun telah lama terlibat dengan saham, masih ramai lagi yang belum tahu kos-kos yang terlibat dalam membeli dan menjual saham. Saham adalah satu perniagaan pastikan kita tahu pengiraan kos-kos yang terlibat untuk kita senang menguruskan risiko yang kita ambil. Okay, setakat itu dulu penerangan saya berkenaan kos jual beli saham. Jika anda ingin melakukan perbandingan kos broker di Bursa Malaysia, anda boleh lihat di link https://www.imoney.my/share-trading. Selamat melabur!