Bila dah terlalu ramai tanya soalan “berapa modal yang ideal untuk melabur?” dan ramai yang akan memberikan jawapan yang berbagai-bagai. Hal ini kerana, soalan berapa modal yang ideal adalah soalan yang sangat subjektif. Jawapan kepada soalan ini adalah bergantung pada jenis orang dan apa matlamat orang tersebut dalam melabur saham. Okay, disebabkan itu, saya akan huraikan pandangan saya berkenaan modal yang ideal dalam melabur saham.
Sebelum kita tanya berapa modal saham yang ideal?, kita kena tanya diri kita dahulu untuk apa kita melabur, apa matlamat pelaburan kita? kerana jawapan kepada soalan ini akan menentukan berapa modal kita. Kenapa saya kata begitu?. Okay mari saya terangkan kenapa.
Dalam pelaburan saham, ada tiga jenis pelabur dan setiap jenis pelabur ini mempunyai matlamat pelaburan yang berbeza. Jenis-jenis pelabur seperti di bawah:
- Investor – matlamat pelaburan jangka masa panjang
- Swing trader – matlamat pelaburan jangka masa sederhana
- Intraday trader – matlamat pelaburan jangka masa pendek
Okay, lupakan dahulu nama jenis-jenis trader di atas. Anda perlu melihat diri anda sendiri dan tentukan matlamat pelaburan anda. Jika anda mempunyai matlamat yang jelas dan kenal diri anda, anda akan tahu anda adalah kategori trader yang mana.
Berbalik kepada berapa modal yang ideal untuk melabur saham? RM1000? RM5000? RM10000?
Jawapan kepada soalan berapa modal yang ideal untuk melabur saham adalah berapa wang lebihan yang anda ingin laburkan. Hal ini kerana , semua orang layak untuk melabur dan seterusnya dengan wang yang kita ada, boleh menentukan kategori trader yang patut kita pilih. Mari kita lihat dan pergi ke aspek yang lebih teknikal.

Dalam Bursa Malaysia, harga saham terendah adalah sekitar 0.005 sen dan minima untuk pembelian saham adalah 100 unit. Oleh itu modal paling rendah untuk membeli saham adalah RM0.005 x 100 units = RM0.50 sen. Jika anda membeli saham berharga seperti di atas, anda akan rugi dalam kos transaksi jual beli. Tambahan pula, membeli saham-saham yang berharga RM0.50 ke bawah adalah sangat berisiko.
Jadi anda perlu bijak untuk terlibat dalam perniagaan saham supaya anda tidak rugi.
Untuk itu, saya akan terangkan bagaimana anda boleh melabur dengan modal pelaburan yang minima.
Modal RM1000.
Dengan wang RM1000, anda sudah layak untuk menjadi seorang Investor. Matlamat yang perlu anda letakkan adalah pelaburan masa jangka panjang. Okay saya berikan satu contoh.
Encik Fahmi masih seorang pelajar di sebuah Universiti pada tahun 2016. Beliau mempunyai duit lebihan RM1000 dari simpanan duit biasiswa. Dengan RM1000, beliau membeli saham syarikat PMETAL pada ketika itu yang berharga RM1.00/unit dengan 10 lot. Belian minimum (100 units) . Kiraan seperti di bawah:
RM1.00 X 9 lot X 100 units = RM900. Dengan modal RM1000, Encik Fahmi membeli 900 units saham PMETAL
Selepas beliau tamat pengajian iaitu pada tahun 2021. Encik Fahmi menjual saham syarikat yang dibelinya 4 tahun yang lalu. Pada penghujung tahun 2020, syarikat PMETAL berada pada harga RM8.00/units. Kiraan seperti di bawah:
RM8.00 X 9 lot X 100 units = RM7200. Encik Fahmi menjana keuntungan 800% selepas 4 tahun.
Okay, bagaimanapula dengan modal RM5000.
Bagi yang mempunyai wang lebihan RM5000, anda boleh menjadi swing trader. Membeli dan menjual saham dalam jangka masa 2 minggu hingga ke 6 bulan. Untuk menjadi swing trader anda perlu menguasai ilmu analisa teknikal. Ilmu ini akan membantu anda untuk membuat ramalan pergerakan harga dan mengenal pasti trend aliran harga.
Encik Aiman seorang yang akan membeli saham yang berada pada paras support. Sebagai contoh, setelah membuat kajian analisa teknikal, Encik Aiman telah mengenal pasti saham ABC berada pada paras support dengan harga RM2.50/units. Beliau membeli sebanyak 18 lot saham ABC dengan modal RM4500. Setelah 1 bulan, harga saham ABC melonjak kepada harga RM3.00/units dan Encik Aiman menjual saham tersebut dengan harga RM5400. Encik Aiman menjana keuntungan kasar sebanyak RM900. Harga saham Encik Aiman melonjak RM0.50 sen seunits.
Modal RM10,000 sesuai untuk orang yang mempunyai masa yang banyak untuk pasaran saham. Modal RM10,000 lebih kepada pelaburan secara intraday iaitu jual beli dalam masa yang singkat dan mengambil untung dengan naik turun harga saham. Walaupun harga naik turun itu hanyalah 1 sen atau 2 sen. Cara pelaburan intraday, anda perlu mahir dalam membaca pergerakan transaksi volume dan tindak balas harga.
Kesimpulannya, modal bukan isu untuk mula melabur. Tidak kisah berapa modal yang anda ada, anda boleh melabur dengan cara pelaburan yang sesuai dengan risiko wang yang anda ada. Jika anda ada RM1000 lebih selamat anda menjadi Investor dan kembangkan wang anda dahulu. Jika anda sudah pandai menganalisa carta saham, anda boleh meningkatkan modal anda kepada RM5000 dan lebih. Jika anda seorang yang berjiwa kental, dan ilmu penuh di dada, anda boleh cuba untuk mulakan cara pelaburan intraday dengan modal RM10,000.
Tetapi tebal manapun poket anda , besar manapun akaun saham anda, pengurusan risiko adalah sangat penting. Cari dan penuhkan ilmu di dada sebelum mula melabur. Kerana Bursa Malaysia tidak pernah lari dari kita. Selamat Melabur!