• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Berhati-hati dengan saham-saham gorengan

09/05/2021 by Fahmi Ishak

Pelaburan penuh dengan cabaran yang tersendiri. Jika pelaburan itu mudah, sudah tentu semua orang sudah kaya dengan pelaburan. Dalam kita melabur, sikap tamak perlu kita hindari kerana ia akan merugikan. Dalam kita melabur, sikap bersabar perlu kita amalkan supaya kita tidak sesalkan keputusan yang dibuat. Seperti di luar sana terdapat banyak scammer di luar sana yang sentiasa mengintai peluang untuk mencari mangsa, dalam pelaburan saham juga terdapat perkara yang sama. Manipulasi dalam pelaburan boleh berlaku dengan pakatan smart money untuk menaikkan dan menjatuhkan harga saham-saham gorengan.

Sebagai pelabur bijak, kita perlu tahu dan mempunyai disiplin dalam pemilihan saham-saham yang kita beli. Jika tersalah beli saham, kita terdedah kepada manipulasi saham oleh smart money. Kriteria penting dalam pemilihan saham yang bagus adalah pendapatan syarikat sama ada tahunan atau sukuan. Pendapatan syarikat yang sentiasa meningkat menunjukkan potensi syarikat itu untuk berkembang. Saham-saham gorengan selalunya tidak mempunyai pendapatan syarikat yang baik dalam erti kata lain, syarikat gorengan ini selalunya syarikat yang rugi. Jadi anda perlu berhati-hati dengan syarikat-syarikat yang rugi.

Penulisan kali ini, kita akan lihat kesinambungan syarikat yang rugi dan bagaimana harga saham tersebut dimanipulasi.

Contoh 1 : MMAG HOLDINGS BERHAD

Syarikat mencatatkan kerugian 4 tahun berturut-turut.

Saham MMAG mula mendapat perhatian apabila berjaya pecah halangan RM0.50, dan meneruskan kenaikan. MMAG mencapai harga tertinggi sekitar RM1.80. Setelah beberapa hari naik dengan mendadak, harga telah dijatuhkan dengan begitu drastik sehingga pada masa kini harga saham MMAG berharga RM0.26.

Contoh 2 : SAUDEE GROUP BERHAD

Syarikat mencatatkan kerugian selama 3 tahun berturut-turut.

Pada tahun 2020, saham saudee meningkat naik dari harga sekitar RM0.10 hingga RM0.60. Kenaikan 600% yang tak masuk akal dan tidak menunjukkan kesinambungan pada pendapatan syarikat. Dalam pelaburan saham, kenaikan harga saham mestilah selari dengan peningkatan pendapatan yang sihat. Anda boleh baca bagaimana untuk kita mencari saham yang berkualiti di sini https://www.majalahlabur.com/saham/canslim-method-kaedah-berkesan-memilih-saham-yang-berkualiti-tinggi/. Saham ini sekali lagi meningkat naik dengan kenaikan yang tidak sihat pada Mac lalu dan harga dijatuhkan dengan begitu drastik.

Contoh 3 : MACPIE BERHAD

Syarikat mencatatkan pendapatan yang tidak sihat.

Kenaikan harga pada pola corak yang sama boleh kita lihat pada saham-saham di atas. Kenaikan harga dengan begitu drastik adalah ciri-ciri saham-saham gorengan. Contoh 4 dan 5 juga mempunyai ciri-ciri yang sama. Lihat contoh di bawah.

Contoh 4 : WIDAD GROUP BERHAD

Contoh 5 : SILVER RIDGE HOLDINGS BERHAD

Pengajaran yang boleh kita ambil dari saham-saham gorengan ini adalah jangan kita menjadi tamak dengan mengejar kenaikan harga yang tidak sihat. Selain itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih kaunter saham. Pastikan pemilihan saham dilakukan dengan melihat analisa fundamental dan teknikal. Ramai antara kita yang selalunya akan tertarik melihat pergerakan harga saham yang naik dengan begitu cepat kerana pada perkiraan kita, kita boleh menjana keuntungan dengan cepat. Walhal, saham bukanlah seperti yang kita sangkakan. Pelaburan saham adalah satu perniagaan yang ada untung dah ruginya. Oleh itu, kita perlu bijak dalam melakukan pemilihan saham yang betul dan mengelakkan diri kita untuk dimanipulasi oleh saham-saham gorengan. Selamat Melabur!

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com