• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Betul ke ada rahsia untuk jadi kaya dalam pelaburan?

10/07/2021 by Fahmi Ishak

Dunia pelaburan telah menjadi medium yang berkesan untuk membina kekayaan bagi sesetengah orang. Hal ini dibuktikan dalam sejarah Amerika Syarikat sejak penubuhan negara tersebut, ramai jutawan yang dilahirkan dalam pasaran saham. Antara nama tokoh pelabur yang berjaya seperti Peter Lynch, Benjamin Graham, John Templeton, Warren Buffet, George Soros dan ramai lagi. Mereka ini telah membina kekayaan yang banyak dalam pasaran. Persoalannya, bagaimana mereka melakukkannya. Benarkah wujud rahsia untuk jadi kaya dalam pelaburan?

Persoalan ini juga bermain di fikiran seorang pedagang bernama Jim Paul. Yang mana beliau mencari satu formula rahsia kejayaan untuk mencapai kekayaan dalam pelaburan saham. Jim Paul adalah seorang jutawan dalam pelaburan sehinggalah beliau hilang segala-galanya dalam sekelip mata. Daripada kegagalan ini, beliau mula mencari satu formula untuk berjaya.

Jim Paul sendiri tidak berjaya mencari formulanya sendiri bagaimana beliau berjaya menjadi jutawan dalam pelaburan dan akhirnya beliau sedar bahawa selama ini beliau hanyalah bernasib baik dalam pelaburan yang dilakukkannya.

APA YANG PENTING, FUNDAMENTAL ATAU TEKNIKAL?

Dalam permulaan pencariannya, beliau bertanyakan pada kebanyakkan mereka yang berjaya dalam pelaburan saham sama ada mereka mementingkan aspek fundamental atau teknikal dalam melakukan pelaburan. Beliau menemukan jawapan yang berbeza, mungkin kedua aspek ini bukanlah aspek pertama dalam membina kekayaan.

DIVERSIFICATION DALAM PELABURAN MENJADIKAN KITA KAYA?

Kemudian, beliau berfikir sama ada mempelbagaikan aset dalam pelaburan boleh membantu kita dalam membina kekayaan. Namun begitu, jawapan yang diterimanya masih sama. Mereka yang berjaya mempunyai pendapat yang berlainan. Ada antara mereka setuju dengan konsep diversify dan ada yang tidak setuju dengan konsep diversify.

” Don’t put all egg in one basket”

Makin lama pencarian Jim Paul menemui jalan buntu. Beliau mula terfikir mungkin tiada rahsia untuk jadi kaya dalam pelaburan kerana mereka yang mempunyai jalan yang berlainan tiada langsung persamaan. Pada pandangan Jim Paul, mereka yang berjaya mempunyai cara melabur dan asas konsep yang sama namun jawapan yang ditemukan tidak sama.

Akhirnya, Jim Paul terfikir mungkin selama ini beliau bertanyakan soalan yang salah. Beliau mula mengubah soalannya iaitu bagaimana untuk seseorang itu boleh jadi kaya? Jawapan yang ditemukannya ialah pertama berjaya membina harta dan yang kedua paling penting mengelak kerugian. Pada pencarian Jim Paul mengenai kerugian, mereka yang berjaya mempunyai persamaan dalam pendapat.

Pada pengakhiran pencarian Jim Paul, beliau merumuskan rahsia untuk menjadi kaya adalah dengan mengelak dari melakukan kerugian. Menjaga modal pelaburan adalah sangat penting dalam survival untuk berjaya menjadi pelabur yang berjaya.

Sumber : https://www.investopedia.com/world-s-11-greatest-investors-4773356

Filed Under: Blog Tagged With: Jim Paul

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com