Pelaburan saham memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak untuk kita memahami perniagaan dan pasaran saham itu sendiri. Sebagai pelabur kita perlu tahu kriteria penting untuk memilih saham yang baik. Pasaran Bursa Malaysia mempunyai hampir 1000 kaunter saham manakala kaunter saham yang berkualiti dan boleh memberikan pulangan yang baik hanyalah kurang dari 50%. Oleh itu, kita perlu bijak dalam pengurusan masa membuat kajian saham. Pada artikal kali ini, kami kongsikan bagaimana mengkaji saham dengan gaya Pomodoro.
Pomodoro merupakan satu teknik dalam kita menyelesaikan kerja dengan efisien. Pomodoro adalah satu metod yang diasaskan oleh seorang budak universiti pada lewat tahun 1980-an yang bernama Francesco Cirillo.
APA ITU POMODORO?
Secara mudah Pomodoro adalah teknik pembahagian masa untuk memberikan fokus dalam menyiapkan sesuatu kerja. Satu pomodoro bersamaan dengan 25 minit dan 5 minit masa rehat. Untuk lebih mudah memahaminya sila rujuk gambar dibawah.

Anda perlu menetapkan tugasan yang anda ingin lakukan dan tetapkan berapa pomodoro diperlukan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Merujuk jadual di atas, jumlah masa yang ditetapkan untuk menyiapkan semua tugasan adalah 2 jam.
Sebagai contoh, kita telah tetapkan No.1 mempunyai tiga tugasan yang perlu disiapkan. Setkan alarm anda 25 minit untuk selesaikan ketiga-tiga tugasan dan berehat selama 5 minit apabila tugasan selesai. Dalam menyiapkan sesuatu tugasan, dinasihatkan untuk anda menutup semua notifikasi telefon dan supaya anda kekal fokus.
Pembahagian pomodoro dalam sesuatu tugasan adalah subjektif kerana ia mengikut kemampuan masing-masing dalam menyiapkan tugasan. Oleh itu, anda bebas untuk meletakan bilangan pomodoro dalam tugasan anda. Jika tempoh 25 minit untuk setiap pomodoro adalah panjang bagi anda, anda boleh kurangkan dan tetapkan mengikut keselesaan anda. Berbalik pada tujuan asal, pomodoro adalah untuk membuatkan kita kekal fokus dalam menyelesaikan tugasan dan mengajarkan pengurusan masa yang betul.
Masa adalah sangat berharga untuk kita, oleh itu pengurusan masa adalah penting bagi pelabur. Masa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Rancanglah ia sebaiknya dan manfaatkan masa yang kita ada dengan perkara-perkara yang memberikan faedah pada kehidupan kita. Sampai disini dahulu untuk Part 1. Kita akan sambung di Part 2 dengan penerangan yang lebih mendalam bagaimana saya membuat kajian saham menggunakan time management pomodoro. Jumpa di artikal seterusnya. Salam Hormat.
Sumber: https://todoist.com/productivity-methods/pomodoro-technique
Baca lagi artikal menarik di link ini https://majusaham.com/category/blog/