• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Cara memohon saham IPO menggunakan CIMB Clicks

30/04/2021 by Fahmi Ishak

Saham IPO adalah satu daripada peluang untuk pelabur dan pedagang untuk menjana pendapatan dalam pasaran. Namun begitu, saham IPO perlu dimohon sebelum ia diapungkan di pasaran saham. Beberapa medium untuk permohonan saham IPO adalah melalui laman sesawang MITI iaitu https://sahamonline.miti.gov.my/ dan melalui bank-bank yang mempunyai platform untuk pelaburan. Anda hanya perlu mempunyai akaun saham CDS dan membuat permohonan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan. Mari kita lihat bagaimana cara memohon saham IPO menggunakan CIMB Clicks.

Pada penulisan kali ini, saya akan kongsikan bagaimana cara mudah untuk anda memohon saham IPO melalui CIMB Clicks. Sila lihat gambar rajah di bawah.

  1. Masuk ke website CIMB Clicks dan log in seperti biasa.
Website CIMB Clicks.

Sebelum anda mula memohon saham IPO, anda perlu memastikan bahawa akaun CIMB anda sudah didaftarkan akaun CDS yang sah. Anda tidak semestinya harus mempunyai akaun CDS bersama CIMB, anda juga boleh menggunakan akaun CDS broker yang lain. Langkah-langkah untuk menetapkan akaun CDS adalah seperti berikut.

2. Daftarkan CDS akaun anda di CIMB jika anda belum berdaftar.

Jika anda belum mendaftarkan akaun CDS anda di CIMB, anda perlu menekan butang ‘CDS maintenance’ untuk menambah akaun.

Selepas anda tekan butang ‘Add’ , anda akan masuk ke page CDS maintenance. Isi semua butiran dengan betul.

Selepas anda ‘submit’, anda boleh lihat akaun CDS sudah masuk dan didaftarkan dalam CIMB Clicks.

3. Selesai mendaftar akaun CDS, anda boleh mohon saham IPO.

Selepas anda mendaftarkan akaun CDS anda, anda perlu masuk semula pada bahagian ‘Apply & Invest’ dan masuk ke ‘eIPO’ untuk memohon saham IPO.

Selepas itu, anda akan dapat melihat saham IPO yang boleh dipohon dalam page di bawah.

Pilih saham IPO yang boleh untuk dipohon dan tekan ‘Apply’. Dalam masa penulisan ini ditulis , saham IPO yang boleh dipohon adalah Tuju Setia Berhad.

Baca semua terma dan syarat yang ditetapkan dan kemudian tekan ‘Agree & Apply’.

Selepas itu anda akan dibawa kepada page seperti di bawah, isi semua butiran sehingga lengkap. Pastikan nombor akaun CDS anda betul. Selepas sudah yakin dengan butiran yang betul, anda boleh tekan ‘Submit’.

Isi semua butiran sehingga lengkap.

Alhamdulillah, anda sudah berjaya memohon saham IPO menggunakan CIMB Clicks. Jika anda berjaya anda akan dapat melihat jumlah units yang berjaya dipohon di dalam portfolio anda. Selamat Mencuba.

Filed Under: Blog Tagged With: IPO

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com