• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Cara Mohon IPO di Maybank2u

01/02/2021 by admin

Secara amnya, terdapat dua peruntukan untuk mohon IPO (Initial Public Offering) di pasaran saham Malaysia. Pelabur Bumiputra boleh mendapatkan peruntukan khas di Saham MITI online sebelum peruntukan dibuka kepada umum. Cara kedua ialah mohon IPO melalui peruntukan umum secara atas talian sama ada melalui Maybank2U atau CIMBClicks.

Anda boleh menggunakan akaun CDS selain Maybank untuk mohon IPO melalui Maybank2u. Cuma perlukan nombor CDS penuh anda di platform broker atau boleh contact remisier anda untuk mendapatkan nombor CDS.

Langkah-langkah mohon IPO

1. Log masuk ke dalam akaun Maybank2u anda.

login maybank2u mohon ipo maybank2u

2. Cari “Apply” dan klik “Investment”

mohon ipo melalui maybank2u

3a. Klik “Link CDS Account” jika anda belum pernah link akaun CDS anda dengan Maybank2u.

Jika anda memilih untuk link nombor CDS dengan Maybank2u, anda tidak perlu isi nombor CDS setiap kali mohon IPO di masa akan datang.

ipo maybank2u 4

Isi nombor CDS anda di ruangan CDS Account No. Preferred Name boleh isi apa-apa nama yang anda inginkan. Contoh: Letak preferred name Mplus CDS untuk dijadikan rujukan bahawa link akaun bawah nombor CDS Mplus. Ini cuma contoh, boleh namakan ikut selera tekak anda.

3b. Tekan “Apply Now” di bahagian eIPO.

mohon ipo melalui maybank2u

Jika anda sebelum ini sudah link akaun CDS dengan akaun Maybank2u atau anda tidak mahu link kedua-dua akaun, boleh terus klik Apply Now.

4. Isi “Account Details” selengkapnya.

permohonan ipo melalui maybank2u

Anda perlu isi bahagian CDS Account No. jika anda skip step 3a. Sekiranya sudah ikut step 3a boleh pilih akaun CDS di To Favourite CDS Account. Kemudian pilih bangsa dan saham IPO yang anda berkenan untuk mohon. Take note di bahagian Number of units perlu masukkan unit dalam kiraan lot. 1 lot bersamaan 100 unit. Tandakan I have read documents above dan klik submit.

5. Periksa maklumat yang anda bakal hantar

Periksa buat kali terakhir maklumat yang anda bakal submit terutama nombor CDS dan jumlah unit yang anda mohon. Silap jumlah naya tu huhuhu. Akhir sekali, klik butang confirm.

Selesai!

Extra: Cara dapatkan nombor CDS M+ Online

1. Login M+ Online

2. Halakan cursor ke “My Account” dan pilih “My Profile”.

account summary

3. Salin Nombor CDS dari Account details

Filed Under: Blog Tagged With: IPO

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com