• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Cara Tukar Saham Waran Kepada Saham Induk

23/04/2021 by Fahmi Ishak

Dalam kita melabur dalam saham, kita mempunyai banyak pilihan dan peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Selain dari keuntungan dari jual beli saham, kita boleh menyimpan saham-saham yang membayar dividen setiap tahun dan yang agak teknikal adalah dengan membeli saham waran yang bawah nilai dan menukarkannya kepada saham induk. Jika anda tidak memahami tentang saham waran, anda boleh baca artikal https://majusaham.com/saham-waran-lebih-murah/.

Pada penulisan kali ini, saya akan kongsikan proses untuk anda menukar saham waran kepada saham induk. Proses untuk menukar saham waran perlu mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan. Mari kita lihat langkah-langkah untuk menukar saham waran.

  1. Perlu mengisi borang exercise form
Contoh borang yang perlu diisi.

Perkara yang perlu anda tahu sebelum mengisi borang

Sebelum anda melakukan penukaran saham waran kepada saham induk, anda perlu melihat beberapa perkara seperti dibawah :

  • Tarikh luput (Expiry date)
  • Harga untuk menukar saham (Excercise price)
  • Harga semasa saham induk (Current share price)
  • Nisbah pertukaran (Conversion ratio)
  • Harga semasa saham waran (Call warrant price)

Anda perlu melihat semua perkara di atas sebelum mula mengisi borang.

Proses penukaran bermula apabila saham waran anda hampir tamat tempoh dan pihak Registrar akan menghantar notis kepada anda melalui emel untuk melakukan pertukaran tersebut.

2. Mengira kos dan bank draf

Kos pengiraan nilai tukaran adalah seperti berikut:

KOS = EXERCISE PRICE X BILANGAN UNIT

Contoh saham waran HLT-WA.

Contoh pengiraan :

Encik Abu ada pegangan saham waran HLT-WA sebanyak 100,000 units dan ingin melakukan tukaran. Maka, exercise price di ambil dari nilai strike value di atas RM 0.20 dan Encik Abu perlu membayar wang sebanyak RM20,000. Selain dari itu, Encik Abu juga akan dikenakan processing fee semasa proses pertukaran saham waran. Anda boleh menyemak processing fee pada borang pertukaran saham waran.

Jika Encik Abu ingin meneruskan penukaran saham waran, Encik Abu perlu membuat cek bank draf dan membayar kepada syarikat HLT BERHAD. Cek bank draf tersebut perlu di hantar kepada alamat Registrar yang tertera di borang. Selepas membuat penghantaran, Encik Abu perlu memastikan cek bank draf sampai ke pihak Registrar. Proses untuk menukar saham waran mengambil proses antara 1 hingga 2 minggu hari bekerja.

Seterusnya, Encik Abu boleh memeriksa portfolio untuk memastikan pertukaran yang dilakukan telah berjaya.

Semoga bermanfaat!

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com