Pada pertengahan bulan November 2021, pelabur dikejutkan dengan syarikat gergasi Dyson yang mengumumkan pembatalan pengeluaran produk mereka dari kilang ATAIMS bermula pertengahan tahun depan. Hal ini kerana laporan audit ATAIMS meng-highligtkan kekurangan ATAIMS dalam menjaga kebajikan pekerja seperti tempat tinggal yang tidak selesa dan juga labour forced warga asing. Isu ESG dalam syarikat telah mula diperkatakan sejak bulan May 2021.
Perkara ini diketahui melalui whistle blower yang mendedahkan laporan audit tersebut. Perkara ini berkait rapat dengan ESG iaitu Environment, Social , and Governance. ESG menjadi perkara penting pada tahun ini untuk menentukan syarikat tersebut merupakan syarikat yang terbaik.
Dalam usaha kempen ESG ini, dapat kita lihat sebelum ini isu forced labour berbangkit dalam sektor Plantation dan juga Glove. Perkara yang sama iaitu berkaitan pekerja asing. Syarikat mengambil jalan mudah dengan mengupah pekerja asing.
Tujuan utama adalah untuk mengurangkan kos operasi dan sebagainya. Tambahan pula, mereka turut mengabaikan kebajikan pekerja oleh kerana pekerja asing yang datang ini tidak berani untuk tampil ke hadapan menuntut hak mereka mendapat layanan yang lebih baik.
Kini syarikat sektor EMS pula yang menjadi sasaran dalam memastikan syarikat- syarikat di Bursa mengamalkan pentadbiran yang baik dari segi ESG. Kebiasaan syarikat teknologi jarang dikaitkan dengan isu forced labour. Perkara ini telah mengejutkan ramai pihak. Beberapa syarikat teknologi lain seperti VS Indsutry dalam fasa review berkenaan isu yang sama.
Negara USA kini lebih ketat dan mereka adalah penyebab kepada masalah ini. USA kini menggunakan undang-undang yang ada di negara mereka untuk menyiasat syarikat-syarikat yang mempunyai perniagaan di sana. Isu forced labpur bukanlah isu baru, malah USA sendiri juga mempunyai masalah yang sama. Namun mereka menyembunyikan perkara tersebut untuk menjaga perniagaan mereka.
Pengajaran untuk semua dengan apa yang berlaku di ATAIMS sepatutnya menyedarkan semua pihak supaya tidak hanya memfokuskan pada jualan dan keuntungan. Perkara penting lain adalah kebajikan pekerja, kelestarian Alam Sekitar dan sebagainya.
Baca artikel menarik di disini, https://majusaham.com/