Nama George Soros sangat sinonim dengan dunia pelaburan moden. Beliau dikenali sebagai “The Man who Broke Bank of England”. Apa yang berlaku pada tahun 1992 adalah beliau berjaya mendapatkan keuntungan US$ 1 billion dalam masa sehari dengan meletakkan short bet terhadap Bank of England. Oleh kerana Soros berjaya meramal kejatuhan nilai mata wang UK pada ketika itu, Bank of England terpaksa menanggung kerugian yang besar.
SIAPAKAH GEORGE SOROS?
Soros dilahirkan pada tahun 1930 dan berasal dari Hungary. George Soros berbangsa Yahudi yang berjaya melarikan diri ke London pada masa pemerintahan zalim Nazi pada tahun 1947. Semasa di London, Soros bersekolah di Sekolah Ekonomi.
Beliau memulakan kerjaya sebagai eksekutif kewangan di sebuah syarikat pengurusan dana di New York. Soros mengasaskan syarikat sendiri yang dinamakan sebagai Quantum Fund. Kejayan Soros adalah berjaya menggandakan dana US$ 12 million kepada US$ 2 billion dalam tempoh 50 tahun. Kadar pertumbuhan sebanyak 30% setahun.
3 KEY POINT CARA PELABURAN SOROS
- Teori Reflexivity
Reflexivity bermaksud melihat respon ataupun tindak balas pasaran semasa untuk menilai sama ada bullish atau bearish. George Soros menggunakan metod ini untuk menentukan market bubbles dan peluang pelaburan.
2. Faktor politik
Pada 16 September 1992, Soros meletakkan bet short position kejatuhan nilai mata wang kerajaan UK kerana kenaikan kadar interest yang tinggi. Soros berjaya dengan bet tersebut selepas meletakkan short position pada mata wang Pound. Transaksi ini berjaya menguntungkan Soros sebanyak US$ 1 billion. Ini tercapai kerana Soros mengetahui keadaan politik di UK tidak stabil dan akan menyebabkan nilai mata wang negara itu jatuh.
3. Consolidate & reflect
Soros mempunyai banyak penasihat pelaburan yang mana membantu beliau dalam membuat keputusan pelaburan yang besar. Namun begitu, Soros mencederung untuk memilih pandangan yang berlawanan dengan pandangan beliau. Soros sangat berhati-hati dalam melaksanakan ssesuatu pelaburan.
BOLEHKAH KITA MENIRU CARA SOROS MELABUR?
Dua kriteria penting yang ada pada Soros adalah keberanian dan keyakinan, Hal ini kerana Soros melakukan transaksi yang besar yang melibatkan banyak syarikat. Soros seorang yang sangat high dalam pelaburan yang dibuatnya kerana selalu ALL-IN dalam keputusannya. Sebagai pelabur biasa, kita digalakkan untuk menjaga pengurusan kewangan kerana setiap orang lain modal pelaburannya. Selain itu, kita perlu memahami apa yang berlaku sebelum membuat keputusan. Selamat melabur!