• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Gesaan Cip Teknologi Maju

02/04/2021 by Fahmi Ishak

Baru-baru ini, syarikat teknologi semikonduktor terbesar Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (TSMC) mengumumkan akan melabur USD100 billion dalam masa 3 tahun akan datang untuk meningkatkan kapasiti mereka dalam pengeluaran cip berteknologi canggih. Pengumuman ini dibuat sehari selepas syarikat Intel mengumumkan akan melabur USD20 billion dalam mengembangkan kapasiti pembuatan cip berteknologi canggih.

TSMC mempunyai pelanggan yang terdiri daripada Apple Inc. dan Qualcomm Inc telah merancang untuk melabur antara USD25 billion – USD28 billion pada tahun ini. Perlumbaan dalam menjadi juara penghasilan cip semikonduktor canggih bermula setelah banyak syarikat kereta terpaksa untuk menghentikan pengeluaran mereka disebabkan kekurangan cip semikonduktor. Di samping itu , semasa pandemik Covid-19 ramai yang membeli laptop dan smartphone untuk digunakan semasa kempen “Work from Home”. Ini telah menyebabkan permintaan kepada penghasilan cip semikonduktor meningkat.

Tambahan pula, dunia telah memasuki fasa teknologi 5G yang mana memerlukan high-performance computing dalam barang-barang seperti laptop , televisyen pintar dan telefon pintar. Ini akan menambahkan lagi permintaan pada semikonduktor untuk beberapa tahun akan datang. Pandemik Covid-19 telah membantu dunia dalam pecutan dunia digital.

TSMC telah mengumumkan akan membina kilang di Arizona , USA yang bernilai USD12 billion. Sektor teknologi mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat sihat untuk masa 3 tahun akan datang. Syarikat-syarikat teknologi yang tersenarai di Bursa Malaysia bakal mendapat manfaat dari pengumuman TSMC ini.

Sumber: Bloomberg

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 · Majusaham.com