Baru-baru ini , India telah mengambil tindakan drastik dengan melarang import kelapa sawit ke negara itu dan mengharamkan penanaman kelapa sawit di negara mereka. Berita mengejutkan ini telah menyebabkan harga syarikat perladangan kelapa sawit melonjak naik. Penganalisis dari JF Apex Securities menyatakan kaunter syarikat perladangan kelapa sawit berada dalam senarai pelabur disebabkan tindakan Sri Lanka melarang import dan mengharamkan penanaman kelapa sawit.
Pada hari Isnin yang lepas, Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa’s menyatakan negara mereka akan mula mengharamkan penanaman kelapa sawit dan menebang pokok kelapa sawit di ladang sedia ada. Sri Lanka akan menggantikan kelapa sawit dengan penanaman getah. Tindakan Sri Lanka menyebabkan harga kelapa sawit berada di paras tertinggi.
Dalam pada itu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mengeluarkan laporan stok kelapa sawit pada bulan Februari menurun sebanyak 1.80% berbanding Januari. Laporan bagi stok kelapa sawit pada bulan Mac akan dikeluarkan pada 12 April 2021. Harga komoditi sawit sedang berada dalam kitaran superbullish sejak 10 tahun yang lepas. Kini, harga minyak kelapa sawit telah mencecah harga tertinggi sejak tahun 2008.
Penganalisis dari KAF Equities Sdn Bhd Thomas Soon menyatakan harga akan kekal pada paras RM3500 untuk tahun 2021. Penganalisis juga mengunjurkan harga purata akan kekal pada paras RM3600 kerana bekalan stok kelapa sawit yang berkurang dan juga kesan daripada cukai import yang tinggi dari Indonesia.
Walaubagaimanapun, harga minyak kelapa sawit akan mencapai paras tertinggi pada penghujung suku kedua tahun 2021 dan mula menurun pada suku tahun ketiga 2021. Ini disebabkan peningkatan penawaran yang akan meningkat pada waktu itu dan menyebabkan harga akan menurun. Menjadi kebiasaan saban tahun harga akan menurun selepas pada musim perayaaan Hari Raya Aidilfitri.
Pada waktu ini harga kelapa sawit (kontrak Jun 2021) berlegar antara RM3700-RM3800. Dari segi analisa teknikal harga telah pun mencapai peak pada bulan lepas iaitu melebihi RM4000. Harga minyak kelapa sawit kini menunjukkan aliran menurun untuk jangka masa pendek. Dari segi asas fundamental pula, banyak kilang-kilang memproses kelapa sawit mempunyai masalah pengeluaran minyak untuk memenuhi permintaan sedia ada. Tambahan pula , masalah pekerja yang berkurang di kilang membantutkan lagi pengeluaran minyak kelapa sawit. Pada masa ini, kebanyakan kilang hanya menggunakan 60%-70% kapasiti pengeluaran minyak sawit.
Sebagai penutup, minyak sawit dijangka akan terus berada pada paras yang tinggi berbanding tahun sebelumnya. Syarikat perladangan akan terus menikmati dan menjana keuntungan hasil daripada harga minyak sawit yang tinggi pada tahun ini.