• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Jordan Belfort : The Wolf of the Wall Street

19/10/2021 by Fahmi Ishak

Filem The Wolf of the Wall Street merupakan adaptasi daripada penulisan Jordan Belfort semasa beliau dipenjarakan. Kenapa beliau dipenjarakan?. Jordan Belfort mengaku bersalah dalam penipuan manipulasi harga saham murah di pasaran Amerika pada tahun 1999. Dalam penyesalan beliau, beliau menulis sebuah karya yang menceritakan apa yang berlaku dan bagaimana beliau boleh terlibat dengan penipuan ini.

Selepas keluar dari penjara, Jordan Belfort mentransformasikan dirinya menjadi seorang pakar motivasi yang mengupas tajuk berkenaan ketamakan, cita-cita dan minatnya dalam pasaran Wall Street. Pada tahun 2017, beliau mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk Way of the wolf yang mana buku motivasi diri.

KISAH HIDUP JORDAN BELFORT

Beliau dilahirkan pada tahun 1962 di Queens, New York. Mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaan, pada usia awal remaja, Belfort menjual ais dessert Itali dari kotak styrofoam berdekatan pantai rumahnya. Pada cuti musim panas, Belfort bersama rakannya mendapat jualan US$20,000.

Belfort merupakan seorang pelajar cemerlang dalam bidang sains di Universiti Amerika dan berhasrat untuk menjadi doktor gigi di masa hadapan. Namun begitu, Belfort tidak menghabiskan pengajiannya dalam pergigian sebaliknya meneruskan cita-cita menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Memasuki awal 20-an, Belfort sudah mempunyai perniagaan yang stabil iaitu perdagangan daging dan makanan laut di Long Island, New York. Belfort menjual hampir 2000 kg produk daging dan makanan laut setiap minggu. Malang tidak berbau, perniagaan Belfort gagal ketika usianya 25 tahun. Selepas daripada itu, beliau mula meminati pasaran saham dan beliau berjaya bekerja di dalam Wall Street dengan bantuan keluarganya.

PENIPUAN, SCAM DAN JENAYAH KEWANGAN YANG LAIN

Pada usia 30 tahun, Belfort mengasaskan syarikat sendiri yang mana menguruskan over the counter order di Wall Street. Syarikat beliau Stratton Oakmont mencatatkan prestasi yang baik untuk beberapa tahun selepas penubuhan.

Namun begitu, disebabkan sifat tamaknya, Jordan Belfort menggunakan jawatannya dalam Stratton Oakmont untuk menipu kliennya dan melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang kewangan. Akhirnya, perbuatannya terbongkar dan beliau dipenjarakan. Belfort disabit kesalahan money laundering dan dipenjarakan selama 4 tahun. Namun, beliau dibebaskan selepas 22 bulan.

KEHIDUPAN SELEPAS PENJARA

Selepas keluar penjara, Belfort berubah menjadi seorang pakar motivasi yang banyak menceritakan iktibar dari kerjaya beliau di Wall Street. Beliau juga banyak berkongsi cerita mengenai drug addiction. Sehingga kini, Belfort menjalankan perniagaan motivational speaking di seluruh dunia disamping menulis buku bertemakan self-help. Banyak iktibar dan teladan yang boleh kita pelajari dari kisah Jordan Belfort dalam dunia pelaburan saham. Beliau berkongsi kisah sebenar yang berlaku disebalik kerjaya beliau dalam Wall Street.

Sumber : https://www.investopedia.com/investing/who-is-jordan-belfort/

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com