Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan kaunter-kaunter yang membuat kenaikan adalah kaunter saham murah penny. Volume kaunter-kaunter penny menunjukkan peningkatan yang ketara. Namun begitu, saham penny in datang dengan risiko yang tinggi. Bagi pelabur yang baru, anda tidak digalakkan untuk membeli saham penny. Saham penny ini adalah saham yang berharga 0.50 sen ke bawah.
.
Sebelum mula terlibat dengan saham murah ini adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu.
1. Tarikh Expired
Saham penny atau lebih dikenali sebagai warrant mempunyai tarikh luput yang tersendiri. Selalunya apabila saham tersebut menghampiri tarikh luputnya, ia akan dimanipulasi oleh operator. Jika saham penny tersebut menghampiri tarikh luput seeloknya, tidak membeli saham tersebut.
2. Senang dimanipulasi
Saham penny bukan untuk semua orang. Hal ini kerana, saham penny terdedah kepada risiko yang tinggi. Saham penny ini sesuai untuk mereka yang mahir dalam pembacaan analisa teknikal. Operator cenderung untuk memanipulasi sesuatu kaunter saham kerana harganya yang murah. Jika operator memanipulasikan kaunter yang mahal, mereka memerlukan satu jumlah wang dan volume trading yang besar untuk menggerakan saham tersebut. Selain dari fitrah manusia yang cenderung untuk mendapatkan hasil segera, saham murah lebih menarik minat mereka untuk urusan perdagangan. Oleh itu, ramai yang terciduk kerana manipulasi harga yang dilakukan oleh kumpulan operator.
3. Kekuatan modal
Untuk melabur dalam saham penny kekuatan modal perlu diperkemaskan. Saham penny tidak layak didagangkan bagi mereka yang rushing perlukan keuntungan segera. Selain itu, saham penny hanya sesuai bagi mereka yang mempunyai emosi yang kental dan sanggup menerima kerugian yang besar.
Cara mudah melabur dalam saham penny adalah membeli ketika saham tersebut berada dalam fasa pengumpulan bukan pada fasa mark up. Ramai yang terciduk pada bulan 8 2020 dalam kaunter gloves dek kerana mengejar harga saham yang meningkat naik. Hingga kini masih ramai yang berada dalam loss yang besar kerana membeli saham penny.
.
Belajar membeli saham dengan membuat kajian yang terperinci dan memahami perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut. Musim saham penny datang lagi, pastikan anda tidak rugi kali ini dalam membeli saham penny.
Nak tips dalam pelaburan saham?
Follow kami untuk sentiasa update dengan pasaran Bursa Malaysia.
Telegram : https://t.me/msinsight
Website : https://majusaham.com/