Kehidupan kita kadang-kadang berada di atas dan kadang-kadang berada di bawah. Kitaran kehidupan kita mengajar kita untuk menjadi lebih matang. Begitu juga pasaran saham, ia mempunyai kitaran yang tersendiri. Pasaran saham melibatkan psikologi manusia dan ini membentuk fasa-fasa dalam pasaran. Fasa yang terdapat dalam pasaran ada 4 fasa penting iaitu Accummulation (pengumpulan) , Mark Up (menaik) , Distribution (pembahagian) , Mark down (menurun). Gambar rajah di bawah menunjukkan fasa-fasa dalam pasaran.
Pasaran akan berulang dan berpusing seperti roda. Bermula dengan fasa 1 Accumulation, fasa 2 Mark Up, fasa 3 Distribution dan fasa 4 Mark down. Sebagai pelabur yang bijak, kita perlu bersabar untuk menunggu peluang yang datang dan menyambar peluang jika datang di depan kita.
FASA 1 – ACCUMULATION
Dalam fasa accumulation, pasaran bergerak di dalam sideway. Ia dapat dikenali dengan harga berlegar-legar pada high dan low yang sama. Lihat contoh di bawah.

Saham di atas berlegar dalam kawasan petak sideways dalam masa lebih dari enam bulan dikira berada dalam fasa accumulation. Fasa accumulation adalah fasa saham tidak bergerak dengan signifikan atau istilah pedagang gunakan saham ‘tidur’.
FASA 2 – MARK UP
Pada fasa ini adalah fasa saham mula bergerak dan membuat kenaikan demi kenaikan dan meneruskan uptrend yang sihat. Fasa mark up juga adalah fasa pelabur dan pedagang mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan dalam saham. Silat lihat contoh di bawah.

Fasa mark up boleh dilihat dengan minat belian volume yang tinggi. Fasa mark up yang kehabisan momentum boleh dilihat dengan pembentukan candlestik bearish yang muncul.
FASA 3 – DISTRIBUTION
Distribution adalah fasa dimana pembeli sudah mula mengambil keuntungan masing-masing dan melepaskan pegangan. Penjualan demi penjualan berlaku akan terus menolak harga ke bawah. Tanda-tanda yang boelh dilihat dengan pembentukan candlestick bearish pada aliran uptrend yang berlaku.

Jika fasa 3 sudah dikesan, anda boleh membuat penjualan dan melepaskan pegangan saham anda. Selalunya distribution adalah fasa yang singkat dalam kitaran fasa-fasa saham. Jadi anda dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan pergerakkan saham anda.
FASA 4 – MARK DOWN
Jika anda sudah berada di dalam fasa mark down, anda dikira terlambat untuk melakukan penjualan. Fasa ini adalah fasa yang pelabur dan pedagang cuba elakkan kerana selalunya ia akan merugikan kita.

Begitulah kitaran yang berlaku dan ada di dalam pasaran. Kitaran-kitaran ini berulang mengikut urutan yang sama. Sebagai pelabur, kita perlu fahamkan pembentukan fasa-fasa ini untung kita mengambil keuntungan dalam pasaran. Untuk pembacaan lebih mendalam anda boleh melayari laman sesawang ini https://www.investopedia.com/trading/market-cycles-key-maximum-returns/. Selamat belajar!