Syarikat yang tersenarai dalam pasaran Bursa Malaysia terikat dengan rules and regulations yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Semua syarikat mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam apa jua aktiviti syarikat. Jika syarikat tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan ataupun tidak memenuhi piawaian Bursa Malaysia syarikat tersebut boleh di nyahsenaraikan dari pasaran. Kali ini , kita akan melihat dan fahami kenapa saham boleh delisted dari Bursa Malaysia sebagai contoh yang tengah panas sekarang saham EKA noodles.
Secara dasarnya, terdapat dua jenis punca dan sebab kenapa syarikat tersebut boleh delisted dari pasaran. Kedua-dua sebab ini adalah berlawanan antara satu sama lain. Yang pertama adalah kerana syarikat tersebut diambil alih sepenuhnya oleh individu ataupun entiti yang secara sukarela ingin mengeluarkan syarikat dari senarai pasaran. Cara yang pertama selalunya adalah sesuatu yang positif kerana bisnes owner betul-betul ingin menjaga syarikat tersebut dan tidak mahu campur tangan luar.
Manakala cara kedua adalah kerana syarikat mempunyai masalah kewangan dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam penulisan kali ini, kita akan melihat case study dalam dua syarikat yang mana terlibat exercise delisted dari Bursa Malaysia.
- MMC Corporation Berhad
Baru-baru ini pemilik MMC iaitu Tan Sri Syed Mokhtar telah menyatakan hasratnya untuk mengeluarkan MMC dari pasaran Bursa Malaysia dengan privatisation exercise. Tan Sri Syed Mokhtar telah menawarkan kepada pemegang saham yang lain untuk membeli MMC Corp pada harga RM1.80 hingga RM2.00 per share. Tawaran ini merupakan tawaran yang 53% lebih tinggi dari harga pasaran pada ketika itu (RM1.30). Selepas daripada pengumuman tersebut, harga saham MMC Corp melonjak pada paras RM1.80. Tan Sri Syed Mokhtar melihat bahawa MMC Corp merupakan satu bisnes yang sangat bagus dan mempunyai masa depan yang cerah. Oleh sebab itu, beliau berani untuk menawarkan pembelian pada harga yang tinggi. Pada masa sekarang Tan Sri Mokhtar mempunyai pegangan 51.76%, manakala PNB memiliki 20.76%. Selain itu, net asset per share MMC adalah RM3.12 dan mempunyai cash rich yang banyak. Antara tujuan lain adalah Tan Sri Syed Mokhtar boleh mengawal decision making dalam syarikat apabila ianya delistedkan dari pasaran. Dengan menjadi pemilik tunggal, Tan Sri Syed Mokhtar tidak perlu memikirkan lagi karenah-karenah shareholders yang lain dan tidak lagi terikat dengan rules dan regulation sebagai listed company.
Jika dilihat pada valuation, pada ketika ini MMC Corp mempunyai PE ratio 8.27 times manakala pesaing MMC Corp iaitu Westport Berhad mempunyai PE ratio 27.12 times. Ini menunjukkan bahawa harga saham MMC Corp tidak menanda aras bisnes yang terdapat dalam MMC Corp. MMC Corp adalah sebuah syarikat yang diversified dalam banyak cabang bisnes. Dari sudut bisnes MMC Corp mengawal lebih banyak pelabuhan berbanding Westport Bhd. Oleh itu, Tan Sri Syed Mokhtar ingin membeli syarikat yang bagus ini dan menjadi pemilik terbesar bisnes dengan harapan dimasa hadapan, MMC Corp akan menjadi lebih maju. Dalam pada itu, Tan Sri Syed Mokhtar juga boleh memfokuskan tumpuan kepada bisnes MMC Corp dan memacu ke arah kejayaan.
2. EKA Noodles Berhad
Pada contoh kedua pula, saham EKA noodles memang sudah terkenal dalam pasaran Malaysia sebagai syarikat yang bermasalah. EKA sudah berada dalam kerugian sejak tahun 2014. Baru-baru ini isu EKA menjadi viral apabila ZAMSAHAM mengisytiharkan bahawa beliau telah menjadi majoriti shareholder dan telah menyatakan hasrat untuk memecat semua ahli lembaga pengarah syarikat tersebut. Syarikat ini sepatutnya akan delisted pada 2 Jun 2021 kerana ketidakmampuan mereka untuk keluar dari kemelut kewangan yang melanda. Melainkan mereka menghantar appeal kepada Bursa Malaysia sebelum 28 Mei 2021. Namun begitu isu yang lain timbul apabila Norhayati Tukiman muncul memberi special notice untuk memecat ahli lembaga pengarah syarikat tersebut. Pada ketika ini, kes EKA dan ZAMSAHAM masih berlansung dan saham EKA telah suspended sejak 31 Mei 2021.
Saham yang terkeluar dari Bursa Malaysia tidak semestinya saham yang bermasalah. Hal ini kerana terdapat dua sebab kenapa saham boleh delisted yang pertama kerana pemilik syarikat terlalu sayangkan bisnesnya dan sanggup membeli saham tersebut pada harga yang tinggi dan mengawal bisnes tersebut dengan cara sendiri. Kedua ialah saham yang bermasalah dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi setelah diberikan peluang.
Jom baca artikal yang menarik di sini https://majusaham.com/category/blog/