Zanger berasal dari keluarga yang sederhana, ayahnya adalah seorang ahli fizik manakala ibunya merupakan seorang ahli psikologi. Zanger tidak menamatkan pengajian kolej pada usia mudanya kerana menumpukan minat dalam ski salji di Colorado dan Idaho. Siapa sangka Dan Zanger yang pernah bekerja sebagai pemandu teksi berjaya cipta rekod dunia pelaburan saham.
Beliau telah mencuba berbagai jenis pekerjaan semasa berusia awal 20-an seperti pemandu teksi dan pembantu restoran. Selepas itu, Zanger berpindah ke Los Angeles dan bekerja dengan syarikat lanskap. Pada waktu ini, Zanger berjaya mendapatkan lesen kontraktor lanskap dan beliau memulakan bisnes pembinaan kolam renang di Beverly Hills. Kini beliau menjalankan perniagaannya sendiri dan mempunyai kehidupan yang lebih selesa.
BAGAIMANA DAN ZANGER BOLEH TERLIBAT DENGAN PASARAN SAHAM?
Ibu Zanger, Elaine adalah seorang pelabur dalam pasaran. Oleh itu, Zanger selalu menghabiskan masa bersama ibunya menonton rancangan perniagaan dan saham di televisyen. Pada suatu hari tahun 1978, Zanger terdetik untuk membeli satu saham dalam pasaran. Zanger bernasib baik kerana saham yang dibelinya pada harga $1 melonjak naik ke $3 dalam masa beberapa minggu. Pada ketika itu, pelaburan saham telah menarik minat Zanger untuk terus terlibat dan mencetak wangnya sendiri. Bermula daripada tahun tersebut, Zanger merupakan pelabur yang aktif dalam pasaran.
INTERNET BUBBLE
Pada tahun 1997, Zanger mula sedar pergerakkan saham-saham teknologi mula menunjukkan momentum yang kuat. Zanger mengambil tindakan drastik untuk merebut peluang yang terhidang di depan mata. Beliau menjual kereta kesukaannya iaitu Porsche pada harga $10,000 dollar dan menjadikan modal untuk mula melabur. Dalam masa 2 tahun, modal permulaan Zanger $10,000 berkembang menjadi $42 juta dollar. Zanger berjaya mengembangkan modal sebanyak 29000% dengan pengalaman beliau selama 20 tahun dalam bidang pelaburan.
Dan Zanger terkenal dengan cara pelaburan chart pattern dan mengenalpasti tanda-tanda reversal dalam pasaran lebih awal. Kerja keras Zanger berhasil dengan memantau lebih 50 kaunter saham setiap hari sepanjang 2 tahun beliau mengembangkan modal pelaburannya. Idola Dan Zanger adalah William J. O’neil kerana beliau selalu mengulang baca buku pengasas kerana metod CANSLIM ini.
Sejak dari kejayaan pada era internet bubble, Dan Zanger adalah full-time trader yang berjaya. Beliau kini mengasaskan chartpattern.com dan menjadi rujukan kepada semua trader di dunia. Pengajaran yang boleh kita ambil adalah untuk berjaya dalam dunia pelaburan, kita perlu melalui dalam proses yang panjang dan perlu rajin membaca dan mengkaji. Dan Zanger sendiri mengambil masa 20 tahun untuk menjadi trader yang berjaya. Selain itu, kita perlu peka dalam mencari peluang yang terhidang dan bersedia untuk merebut peluang tersebut. JIka bekas pemandu teksi berjaya mencipta rekod dunia pelaburan saham, anda juga pasti boleh berjaya. Kisah lanjut mengenai Dan Zanger boleh di baca di link di bawah: