Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari dari melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul. Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan metod CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik. Pemilihan saham menggunakan metod CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut. Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader/laggard khusus dalam sektor aluminium.
Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham. Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :
- ‘C’ – Current Quarter Earning
- ‘A’ – Annual Earning
- ‘N’ – New product/management/event
- ‘S’ – Supply and Demand
- ‘L’ – Leader/laggard
- ‘I’ – Institutional
- ‘M’ – Market direction
Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua. Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal dari yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua. Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat pada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.
Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham dari syarikat pemain utama dalam setiap industri. Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.
Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar dari harga RM 3.00 kepada harga RM 4.00. Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL. Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.
Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil pada 228 juta. Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 dari harga RM 0.75 sehingga RM 1.30 kenaikan hampir 100%.
Sumber : TradingView.com
Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat. Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.
Sumber : https://www.malaysiastock.biz/Corporate-Infomation.aspx?securityCode=8869
Nak tips pelaburan saham? Follow kami di Telegram https://t.me/msinsight
Baca artikal menarik kami di sini https://majusaham.com/