• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Manfaat kepada syarikat wafer fabrication equipment

10/07/2021 by Fahmi Ishak

Lam Research merupakan syarikat pengilang untuk wafer fabrication equipment yang terbesar di California, USA. Maybank IB Research baru-baru ini telah menghadiri taklimat ringkas pembekal Lam Research. Dalam taklimat tersebut, Lam akan mengembangkan bisnes mereka di Asia dan ini akan memberikan peluang dan ruang untuk syarikat Semicon Malaysia untuk berkembang dengan lebih maju.

Syarikat Semicon di Malaysia bakal mendapat peluang untuk menjadi pembekal kepada syarikat pengilang terbesar wafer fabrication equipment (WFE). Di samping itu, Lam sememangnya sudah menjadi Malaysia sebagai pusat untuk pengilangan WFE. Hal ini kerana Lam sudah mempunyai kilang di Batu Kawan yang mana pengeluaran kilang sudah bermula pada Mei 2021. Kilang Lam di Batu Kawan bakal mencapai nilai pengeluaran USD3 billion pada pertengahan 2022.

Lam Research

Semiconductor Equipment Materials International (SEMI) menjangkakan 29 high volume fabrication faciliti akan dibina pada tahun 2022. Dengan jangkaan yang dibuat oleh SEMI, sektor ini akan memerlukan pelaburan dalam pembelian equipment baru sebanyak USD140 billion. Dalam semua jumlah ini, 20 faciliti akan dibina di Asia. Malaysia merupakan tempat utama dalam pembinaan ini.

Lam perlu untuk mencari pembekal lokal dan membantu dalam meningkat kemahiran local supply chain. Ini sangat penting dalam memenuhi permintaan pelanggan yang kina meningkat.

POTENSI SYARIKAT BERKAITAN DENGAN WFE DI MALAYSIA

  1. UWC

Mempunyai kepakaran dalam sheet metal fabrication dan sub-assembly. UWC juga memberi servis seperti weilding, testing, surface treatment dan silkscreening. UWC mempunyai prospek yang baik daripada pelanggan tetap dan sedia ada.

2. FRONTKEN

Bertapak di Penang dan Kedah, Frontken mempunyai niche dalam penyedia servis untuk sektor semikonduktor. Antaranya servis untuk spare parts dan mesin. Frontken mempunyai rekod yang cemerlang dan kekuatan kewangan yang baik. Di samping mempunyai klien yang besar dari luar negara seperti Taiwan.

3. GREATECH

Greatech merupakan spesialist untuk automation solution provider. Greatech juga menawarkan sistem produciton line dan single automated mesin. Pada masa ini, Greatech memberi fokus pada sektor solar dan electric vehicles (EV), semikonduktor dan industri kesihatan di USA.

4. PENTAMASTER

Pentamaster juga berkebolehan dalam automation solution yang mana menawarkan pelbagai fungsi automasi untuk manufacturing line. Factory automation menyumbang 32% kepada revenue Penta pada tahun 2020. Dengan track rekod yang baik sepanjang berada dalam industri Penta merupakan syarikat yang akan mendapat manfaat besar dalam pelaburan yang bakal dibuat oleh Lam Research.

Sumber :

  1. https://www.nst.com.my/business/2021/03/672126/lam-research-reaches-major-construction-milestone-asia-manufacturing-hub
  2. https://www.malaymail.com/news/money/2021/03/08/lam-research-to-start-operations-at-rm1b-malaysian-facility-in-second-half/1955977

Filed Under: Blog Tagged With: semiconductor

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com