Antara perkara penting dalam pelaburan saham adalah pengurusan risiko. Ramai antara kita yang selalu mengabaikan perkara ini kerana lebih memberikan tumpuan kepada analisa teknikal. Terdapat banyak kaedah dalam kita menguruskan risiko dan salah satunya adalah dengan mengambil kira margin of safety sebelum membeli sesuatu saham. Margin of safety adalah satu prinsip yang mana menggunakan analisa fundamental di mana pelabur hanya membeli sesuatu saham apabila harga pasaran jatuh melebihi nilai intrinsic value. Ia juga adalah salah satu konsep value investing.
Dalam erti kata lain apabila harga pasaran sesuatu saham jatuh melebihi paras anggaran harga intrinsic value, hasil perbezaan antara paras harga yang jatuh dan paras harga intrinsic value adalah margin of safety bagi pelabur. Pelabur boleh menetapkan paras risiko masing-masing untuk penetapan margin of safety. Dengan membeli saham yang berada jauh di bawah nilai intrinsic value memberikan kelebihan kepada pelabur dalam mengawal risiko kejatuhan harga saham.
MEMAHAMI MARGIN OF SAFETY
Prinsip margin of safety dipopularkan oleh pelabur tersohor di Amerika Syarikat iaitu Benjamin Graham yang dikenali sebagai bapa value investing. Pelabur menggunakan dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif dalam menentukan nilai intrinsic value sesuatu saham. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi intrinsic value adalah pengurusan syarikat, pentadbiran yang baik, industry performance, asset dan kekuatan kewangan. Harga pasaran akan digunakan sebagai pivot point dalam menentukan perbandingan untuk mengira margin of safety. Bagi pelabur tersohor seperti Buffet sendiri beliau menggunakan 50% margin of safety dari nilai intrinsic value dalam menentukan saham mana yang beliau akan beli. Margin of safety juga dikira sebagai kontigensi kepada pelabur apabila pergerakan harga menuju berlawanan arah.
CONTOH PELABURAN DALAM MENGGUNAKAN MARGIN OF SAFETY
Sebagai contoh, Encik Amin dengan menggunakan kepakaran dan pengalaman beliau dalam pelaburan telah membuat kira-kira dalam menentukan nilai intrinsic value bagi Syarikat ABC adalah RM2.50. Namun begitu, pada masa sekarang harga pasaran Syarikat ABC adalah RM3.80. Encik Amin menetapkan 15% diskaun untuk harga yang beliau yakin untuk membeli saham ABC iaitu pada paras RM2.12. Dengan menggunakan model pengiraan Encik Amin, beliau tidak boleh membeli saham ABC sekarang. Walaubagaimanapun, apabila saham ABC jatuh ke paras RM2.12 atas apa-apa sebab sekalipun, Encik Amin akan membeli saham tersebut dengan yakin bahawa ia akan naik kembali ke paras nilai intrinsic value dalam beberapa masa tertentu.
Oleh itu sebagai pelabur, kita perlu tahu akan pengiraan intrinsic value kerana ianya penting bagi kita menentukan margin of safety yang kita mahu gunakan. Setiap pelabur mempunyai preferences kepada margin of safety yang berlainan kerana risk tolerance yang berlainan. Kesimpulannya, margin of safety adalah satu konsep yang sangat bagus untuk kita aplikasikan dalam terutama bagi mereka yang low risk trader. Selamat Melabur !
Baca artikal menarik di sini https://majusaham.com/category/blog/
Sumber : 1 – https://www.investopedia.com/terms/m/marginofsafety.asp