Pelaburan saham adalah satu perniagaan yang melibatkan ramai orang dan ramai pihak. Ada pelabur yang menjaga dana kerajaan, ada pelabur yang menggerakkan pasaran naik dan turun, ada pelabur seperti saya yang memasuki pasaran dengan menggunakan analisa teknikal untuk menentukan masa menjual dan membeli. Kita kena tanya diri kita dahulu untuk apa kita melabur, apa matlamat pelaburan kita? Hal ini kerana ia sangat penting untuk kita tidak tenggelam di bawa arus dan ombak di lautan pasaran Bursa Malaysia.
Dalam pelaburan saham, ada tiga jenis pelabur yang selalu kita jumpa dan setiap jenis pelabur ini mempunyai matlamat pelaburan yang berbeza. Setiap pelabur ini juga mempunyai modal permulaan yang berbeza. Jenis-jeins pelabur yang selalu kita jumpa adalah seperti di bawah.
- Investor – matlamat pelaburan jangka masa panjang
- Swing trader – matlamat pelaburan jangka masa sederhana
- Intraday trader – matlamat pelaburan jangka masa pendek
Anda perlu melihat diri anda sendiri dan tentukan matlamat pelaburan anda. Jika anda mempunyai matlamat yang jelas dan kenal diri anda, anda akan tahu anda adalah kategori trader yang mana. Bagi kita yang baru nak terlibat dalam pasaran Bursa Malaysia, penting untuk kita bermula dengan modal yang sedikit dan mengembangkan modal yang ada. Pendapat peribadi saya, adalah sebagai orang baru, walaupun kita mempunyai modal yang sangat besar, kita mesti bermula dengan modal yang minima kerana tujuan untuk melabur adalah untuk melihat pelaburan kita berkembang.
Untuk bermula sebagai Investor, perkara pertama anda perlu tahu adalah untuk mengenal pasti syarikat dan perniagaan yang boleh berkembang maju. Untuk lebih produktif anda boleh mencari syarikat-syarikat berkenaan di laman sesawang https://www.malaysiastock.biz/Latest-Announcement.aspx . Perkara paling penting dalam mencari syarikat yang boleh berkembang maju adalah dengan melihat keuntungan yang berkembang (profit growth).
Manakala untuk menjadi Swing trader, anda perlu memantapkan ilmu asas analisa teknikal. Perkara asas yang perlu anda tahu adalah support dan resistance dan cara untuk melukis trendline dalam carta. Perkara-perkara ini boleh dibaca di Google dan dicari di Youtube. Sebagai swing trader, matlamat pelaburan kita dalam tempoh 1 bulan hingga 6 bulan. Swing trade akan membeli perniagaan syarikat tersebut pada permulaan trend dan ini boleh dilihat dengan menggunakan carta mingguan. Kata-kata femes dalam pelaburan bagi swing trader adalah “Ride the trend until it bend”.
Jenis trader yang terakhir adalah Intraday trader dengan matlamat pelaburan jangka masa pendek. Sesuai dengan namanya intraday, trader jenis ini hanya menggunakan carta bawah 5 minit untuk membuat transaksi jual beli. Untuk menjadi intraday trader, ia memerlukan pengalaman dan ilmu yang tinggi untuk memahami analisa teknikal. Tambahan pula, pemahaman pergerakan volume dan price sangat penting unyuk intraday trader. Intraday trader memerlukan modal yang besar kerana perubahan harga transaksi hanya 1 atau 2 bid dalam membeli dan menjual. Tidak ramai yang mampu untuk menjadi intraday trader kerana ia kerjaya yang berisiko tinggi.
Konklusinya, tetapkan matlamat dalam pelaburan sebelum kita terus masuk ke dalam pasaran. Rajinkan diri untuk membaca dan mencari ilmu dalam pelaburan saham. Pada masa sekarang, ramai sudah celik dan tahu akan potensi pelaburan saham. Banyak seminar dan webinar percuma untuk kita sertai. Sekian dari saya. Salam Hormat!