• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Analisis discounted cash flow untuk asas pelaburan

11/08/2021 by Fahmi Ishak

Untuk menjadi seorang pelabur dalam pasaran, kita perlu menguasai asas fundamental dalam kewangan syarikat dengan baik. Terdapat pelbagai cara untuk kita menilai pelaburan yang bakal kita buat sama ada ia akan memberikan keuntungan atau tidak. Antara valuation method yang boleh kita gunakan adalah dengan Discounted Cash Flow (DCF) analisis. DCF digunakan untuk membuat unjuran keuntungan pelaburan yang boleh diraih pada masa akan datang.

Selalunya discounted cash flow digunakan oleh pelabur untuk menentukan keputusan membeli saham, syarikat dan membuat bajet dalm mengira operating expenditures. Walaubagaimanapun, metod DCF ini mempunyai kekurangan kerana ianya hanya berpandukan satu elemen dalam pengiraan kewangan syarikat iaitu cashflow yang mana mempunyai kadar ketepatan anggaran yang rendah.

BAGAIMANA DISCOUNTED CASH FLOW BERFUNGSI ?

Tujuan pengiraan DCF adalah untuk membuat andaian nilai pelaburan yang akan dijana dalam masa yang tertentu. DCF menggunakan konsep masa itu wang yang mana teori nilai wang hari ini lebih tinggi dari hari esok jika ianya dilaburkan. Analisis DCF menyatakan seseorang yang membayar pelaburan harini dengan harapan menerima lebih banyak wang pelaburan pada masa akan datang.

DCF dikira berdasarkan kebarangkalian mendapat cash flow masa hadapan dengan menggunakan discount rate. Pelabur menggunakan konsep wang masa sekarang untuk menentukan sama ada nilai pelaburan adalah sama atau lebih tinggi dari modal pelaburan asal. Jika nilai DCF yang lebih tinggi dari kos pelaburan masa sekarang, pelaburan tersebut adalah seusatu yang berbaloi.

Untuk mengira DCF, pelabur perlu membuat beberapa andaian sendiri sebagai contoh anggaran untuk cash flow masa hadapan dan nilai discount rate yang sesuai untuk sesuatu DCF model. Projek pelaburan yang bakal dilakukan perlu mengambil kira banyak aspek penting kerana akan menentukan keuntungan projek masa hadapan.

Sumber : Investopedia

CARA PENGIRAAN DISCOUNTED CASH FLOW

Sebagai contoh, katakan kita hendak melabur dalam satu projek pelaburan. Perkara pertama yang kita perlu tentukan adalah discount rate. Katakan nilai discount rate kita pada 5%. Seterusnya, nilai pelaburan yang bakal kita buat adalah RM3 juta dan projek tersebut akan mengambil masa 5 tahun untuk siap. Cash flow setiap tahun kita tentukan seperti jadual di bawah :

CASH FLOW

TAHUNCASH FLOW
1RM 500,000
2RM 600,000
3RM 700,000
4RM 1,000,000
5RM 1,500,000

DISCOUNTED CASH FLOW

TAHUNCASH FLOWDISCOUNTED CASH FLOW (5%)
1RM 500,000RM 475,000
2RM 600,000RM 570,000
3RM 700,000RM 665,000
4RM 1,000,000RM 950,000
5RM 1,500,000RM 1,425,000

Jumlah keseluruhan untuk 5 tahun pelaburan adalah RM 4,085,000. Jika nilai pelaburan selepas 5 tahun ditolak dengan nilai asal pelaburan iaitu RM 4,085,000 tolak RM 3,000,000. Kita akan dapat nilai net present value iaitu RM 1,085,000. Disebabkan nilai tersebut adalah positif, maka projek pelaburan yang dibuat adalah berbaloi kerana projek menjana positif cash flow. Jika modal asal pelaburan projek adalah pada RM 5 juta, maka dengan projected cash flow di atas, projek ini akan mendapat nilai negatif cash flow iaitu RM 4,085,000 tolak RM 5,000,000 sama dengan -RM 1,085,000.

KEKURANGAN DISCOUNTED CASH FLOW

  • Memerlukan banyak andaian yang perlu dibuat
  • Pelabur perlu andaian untuk cash flow projek pelaburan setiap tahun
  • Cash flow masa hadapan dipengaruhi oleh banyak perkara seperti keadaan ekonomi, persaingan dan sebagainya
  • Andaian boleh menjadi terlalu tinggi dan terlalu rendah

Discounted cash flow adalah cara mudah untuk membuat pengiraan awal untuk sebelum melakukan pelaburan. Pelabur perlu membuat andaian sebelum mula mengira discounted cash flow. Walaupun mempunyai kekurangan cara ini mampu memberi gambaran awal untuk kita membuat keputusan dalam pelaburan.

Sumber : Investopedia

Filed Under: Blog Tagged With: Fundamental Analysis

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com