• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Siapakah Michael Bloomberg?

24/10/2021 by Fahmi Ishak

Beliau adalah orang ke-16 terkaya dunia menurut majalah Forbes pada tahun 2020. Michael Bloomberg merupakan seorang usahawan berjaya, penerbit, philanthropist dan bekas Dato Bandar New York City selama tiga penggal. Pencapaian beliau memang tidak boleh disangkal sebagai seorang yang mempunyai kekayaan dan berkuasa. Pada tahun 2020, kekayaan beliau dianggarkan US$48 billion. Pada penghujung tahun 2019, beliau menyertai kempen presiden Amerika Syarikat dalam parti Democrat.

Beliau merupakan pengasas kepada syarikat Bloomberg LP yang mana menyediakan servis data kewangan untuk pasaran saham dan juga syarikat media. Bloomberg mempunyai pegangan 88% di dalam syarikat yang diasaskannya.

PERMULAAN KARIER DI SALOMON BROTHERS

Bloomberg mempunyai ijazah dalam kejuruteraan electrik dari John Hopkins University dan menyambung pelajaran dalam MBA di Harvard Business School. Beliau seorang yang sangat rajin kerana pada waktu beliau sebagai pelajar di John Hopkins, Bloomberg bekerja sebagai parking attendant untuk membayar yuran ijazahnya. Pekerjaan pertama beliau adalah mengira bonds dan sijil saham dalam bank vault di Salomon Bank. Selepas daripada itu, beliau terlibat dalam bond trading dan menjadi general partner pada tahun 1976.

Pada tahun 1979, Salomon Brothers meletakkan Bloomberg sebagai Head of Equity perdagangan dan jualan dalam division information systems. Pada ketika ini, Bloomberg terlibat dalam membangunkan teknologi komputer. Apabila syarikat dibeli oleh Phibro (trading firm) pada tahun 1981, beliau menerima pampasan ditamatkan kerja awal sebanyak US$ 10 million. Dengan dana yang ada, Michael Bloomberg mengasaskan syarikat Innovative Market Solution yang menggunakan sistem informasi terkini yang menyalurkan data kewangan kepada pedagang untuk pasaran US Treasury Bond. Syarikat ini berkembang menjadi Bloomberg LP pada hari ini.

Michael Bloomberg
Sumber : Business Insider

SALURAN INFORMASI NO.1 BLOOMBERG

Kini syarikat Bloomberg mempunyai 100 pejabat diseluruh dunia. Pada tahun 2019, Bloomberg LP mencatatkan jualan sebanyak $10.5 billion. Syarikat ini mempunyai beberapa cabang bisnes seperti operator terminal data untuk industri kewangan, saluran media televisyen dan radio dengan jenama Bloomberg TV, Bloomberg Radio. Bloomberg juga membeli majalah BusinessWeek dan dijenamakan semula kepada Bloomberg Business Week.

KEHIDUPAN SEBAGAI AHLI POLITIK

Michael Bloomberg seorang pemimpin yang disegani ramai. Beliau memasuki politik sebagai ahli Democrat. Namun begitu, beliau mengubah pendirian dan menyertai Republican untuk bertanding sebagai Dato Bandar New York City. Beliau menjadi Dato Bandar New York selama tiga penggal bermula tahun 2001 selepas peristiwa September 11.

Pada waktu menjadi Dato Bandar, Michael Bloomberg memfokuskan untuk memperbaiki sistem persekolahan dan menaik taraf kawasan industri. Beliau juga memperkenalkan undang-undang seperti smoking ban di dalam restoran dan pejabat. Selain menyekat penggunaan gula yang banyak dalam minuman soda.

Untuk menjadi orang yang berjaya, kita perlu berani untuk melakukan banyak perkara dan mengambil risiko. Michael Bloomberg telah membuktikan untuk berjaya beliau bermula dari bawah untuk mendapatkan ilmu dan akhirnya mengasaskan syarikat sendiri. Apabila bergelar billionaire, Bloomberg banyak menyumbang kepada masyarakat. Banyak kisah dan teladan yang boleh kita pelajari dari kehidupan Bloomberg.

Sumber : https://www.investopedia.com/terms/m/michael-bloomberg.asp

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2022 ยท Majusaham.com