Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing tentang duit. Cara pemikiran dan juga ilmu tentang pengurusan duit adalah berbeza antara satu sama lain. Dalam artikal kali ini adalah rumusan daripada Ali Abdaal tentang buku The Psychology of Money oleh Morgan Housel. Di dalam buku ini terdapat 12 peraturan yang perlu kita tahu sebelum membina kekayaan. Mari kita lihat rumusan tentang buku ini.
Attitude mengenai duit
Bagi orang yang lahir pada tahun 1970-an, mereka lebih cenderung untuk melabur dalam pasaran saham kerana mereka hidup dalam era pasaran dalam fasa booming. Manakala bagi mereka yang lahir pada tahun 1950-an, mereka lebih bersikap negatif terhadap pasaran saham kerana persekitaran mereka pada ketika itu yang membentuk sikap mereka terhadap pasaran saham. Persekitaran dan juga keadaan ekonomi pada ketika itu sangat memainkan peranan dalam menentukan sikap seseorang terhadap duit. Bagi anak muda masa sekarang mereka lebih terdedah pada pelaburan seperti kripto yang mana lebih berisiko daripada pasaran saham. Setiap era membentuk sikap yang berbeza.
Cara mendapatkan duit
Dalam dunia serba canggih ini, proses untuk mendapatkan duit menjadi tidak terbatas, terdapat pelbagai cara untuk kita belajar mencari pendapatan. Ali Abdaal menyatakan formula untuk mendapatkan duit adalah (luck x skills x unfair advantage). Seperti Bill Gates, bagaimana beliau berjaya menjadi antara orang terkaya dalam dunia adalah beliau bernasib baik untuk memasuki sebuah Universiti terbaik dunia dan mendapat idea untuk memulakan perniagaan komputernya semasa di universiti. Selain daripada itu, belajar untuk mengatakan ” this is enough “ juga penting dalam proses kita mendapatkan duit. Hal ini kerana Bernie Madoff adalah contoh terbaik kerana beliau merupakan seorang yang sudah cukup kaya namun disebabkan sikap tamaknya, Bernie Madoff telah terlibat dalam kesalahan jenayah kewangan sehingga beliau dipenjarakan oleh sebab sikap tamaknya.
Tambah Ali Abdaal lagi, kita perlu menghargai magic of compounding. Teknik compounding ini sangat berkesan kepada semua orang. Contoh compounding terbaik boleh dilihat pada kekayaan Warren Buffet. Beliau telah menggunakan teknik ini sejak 50 tahun yang lalu. Hasilnya, kekayaan beliau menjadi berganda apabila beliau mencecah umur 50 tahun.
Sikap membelanjakan duit
Apabila kita sudah berjaya mendapatkan matlamat kewangan yang diinginkan, kita akan mula terdedah kepada tabiat untuk membelanjakan wang yang ada atau yang ayat yang menjadi trendy sekarang adalah ” reward pada diri sendiri “. Tidak menjadi kesalahan untuk memberikan reward pada diri sendiri apabila kita sudah bekerja keras mendapatkan wang yang diinginkan. Namun begitu harus diingatkan bahawa untuk kekal menjadi kaya, perbelanjaan kita mestilah kurang daripada pendapatan. Mengekalkan cash flow yang positif adalah perkara yang susah bagi kebanyakan kita. Nasihat di dalam buku ini adalah untuk menyimpan sebanyak mungkin atau mengamalkan tabiat menabung yang konsisten. Selain itu, hindari daripada sikap suka menunjukkan kekayaan kita pada orang lain.
Bagaimana untuk melindungi duit
Membina kekayaan adalah lebih mudah untuk melindungi kekayaan yang ada. Kebanyakan atlet yang berjaya di Amerika Syarikat berjaya membina kekayaan dalam masa yang singkat namun tidak berjaya mempertahankan dan melindungi kekayaan mereka disebabkan sikap mereka terhadap duit. Antara nasihat lain yang mengurangk bebanan hutang yang tinggi. Elakkan daripada mengambil komitmen yang tidak perlu dan membebankan.
Sebagai penutup, buku oleh Morgan Housel ini sangat membantu dalam kita merancang dan membina kekayaan dalam kehidupan. Nasihat-nasihat mudah ini boleh kita amalkan supaya kita juga berada dalam landasan membina kekayaan yang betul. Semoga bermanfaat.
Artikal menarik di https://majusaham.com/
Nak info terkini mengenai pasaran saham ? Follow Telegram Maju Saham https://t.me/msinsight