Bila bercakap tentang pelaburan, kita tidak dapat elak untuk menyentuh topik risiko kerana risiko adalah fundamental kepada pelaburan. Bagi pelabur baru, topik risiko dlam pelaburan merupakan topik yang asing bagi mereka dan tidak tahu bagaimana membezakan pelaburan risiko rendah dan risiko tinggi. Sehingga kini tiada alat yang tetap untuk digunakan dalam mengukur risiko sebenar. Hal ini kerana pasaran adalah sesuatu yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa.
Namun begitu, di dalam industri kewangan dan pelaburan terdapat satu cara untuk mengukur tahap risiko iaitu dengan melihat volatility (julat turun naik harga). Walaupun betul volatility boleh digunakan sebagai kayu ukur namun ia tidak menunjukkan tahap risiko secara keseluruhannya. Industri selalu menjadikan contoh saham dan bonds sebagai perbandingan melihat volatility iaitu volatiliti saham adalah banyak dan ia memberikan risiko besar manakala bonds mempunyai kadar volatility yang rendah dan ia dikatakan kurang berisiko.
APA ITU RISIKO RENDAH?
Secara amnya, pelaburan risiko rendah bermaksud pelaburan yang kurang kebarangkalian untuk kita kehilangan modal dan juga kebarangkalian yang kurang untuk mendapat pulangan yang tinggi. Pelaburan yang mempunyai risiko rendah tidak mempunyai kebarangkalian untuk kita kehilangan secara total modal pelaburan kita.
Pelaburan berisiko rendah lebih kepada syarikat saham yang memberikan pulangan dividen secara tetap. Risiko pelaburan juga berkait rapat dengan masa, jika pelabur melabur dalam jangka masa yang panjang, kebarangkalian pelabur untuk kehilangan modal adalah sangat rendah. Namun begitu, pelaburan jangka masa pendek lebih memberi pendedahan risiko yang lebih besar kepada kita.
APA ITU RISIKO TINGGI?
Pelaburan berisiko tinggi pula mempunyai potensi untuk kita mendapat pulangan yang tinggi dan juga mempunyai kebarangkalian untuk kehilangan wang secara total. Pelaburan jenis ini selalunya dikaitkan dengan jangka masa yang pendek seperti perdagangan secara intraday. Pelaburan risiko tinggi juga boleh dikategorikan dengan melihat instrumen pelaburan itu sendiri. Sebagai contoh, produk derivatif di Bursa lebih berisiko tinggi berbanding saham.
Risiko pelaburan boleh dikurangkan dengan beberapa cara dan salah satunya adalah diversification. Sebagai contoh mempunyai satu portfolio saham lebih berisiko berbanding mempunyai 10 portfolio saham. Contoh lain adalah mempunyai 5 portfolio saham dari sektor yang sama juga meningkatkan risiko kehilangan modal kerana kita bergantung pada satu sektor sahaja. Oleh itu, sebagai pelaburan ilmu tentang pengurusan risiko sangat penting kerana ia merupakan asas kepada pelaburan.
Sumber : https://www.investopedia.com/financial-edge/0512/low-vs.-high-risk-investments-for-beginners.aspx
Baca lagi artikal menarik di sini : https://majusaham.com/