Setiap pelabur berjaya mempunyai cara pelaburan tersendiri. Walaupun berbeza cara pelaburan mereka, matlamat melabur tetap sama iaitu menjana keuntungan dari setiap pelaburan. Cara pelaburan selalunya dipengaruhi oleh modal dan ilmu yang mereka praktikkan.
Dennis Gartman : Let winner run
Dennis Gartman merupakan seorang trader yang berjaya dan beliau telah mula mengeluarkan Gartman Letter sejak tahun 1987. Gartman letter dikeluarkan secara harian dan digunakan oleh syarikat Hedge Fund, Brokerage dan juga mutual funds.
” Sentiasa bersabar dengan portfolio yang untung, dan sentiasa tidak sabar dengan portfolio yang rugi ” . Apa yang dimaksudkan oleh Gartman adalah adalah kita membeli saham yang untung, jangan cepat untuk menjual sehinggalah signal jual muncul dan jika salah membeli saham dan rugi cepat-cepat jual tanpa menunggu.
Dennis Gartman
Pesanan ini sangat sesuai untuk pelabur baru yang mana selalunya akan menjual saham apabila saham tersebut memperoleh keuntungan. Sebaliknya, Gartman selalu berpesan supaya tidak menjual saham yang untung sehinggalah terdapat sell signal yang jelas. Let the winners run. Apabila melihat keuntungan dalam portfolio kita, sebagai manusia kita akan cenderung untuk menjual kerana kita ingin mengambil keuntungan dengan cepat. Tetapi bagi pelabur yang berjaya, mereka akan menyimpan portfolio untung dalam tempoh yang lebih lama.
Manakala, jangan sesekali membiarkan saham yang rugi berada lama dalam pegangan kita. Jika saham tersebut telah jatuh dengan banyak, jangan mempunyai sentimental value dengan saham tersebut. Ia harus dilepaskan secepat mungkin. Ramai pelabur baru yang akan teremosi apabila saham yang dibeli jatuh melebihi 30%. Di tambah pula apabila melabur menggunakan wang yang tidak sanggup untuk hangus. Ini akan menambahkan lagi luka portfolio merah.
Dalam pelaburan saham, kita tidak perlu betul setiap kali membeli saham. Kita hanya perlu membiarkan keuntungan berada lama dalam portfolio kita dan perlu cepat keluar dari portfolio yang rugi. Jika anda mengikut pesanan dari Gartman ini, keuntungan yang besar akan mengatasi kerugian yang kecil. Anda akan sentiasa berada dalam portfolio yang berkembang.
Terdapat banyak lagi pesanan dari Dennis Gartman yang boleh kita praktikkan dalam pelaburan yang kita lakukkan. Pengalaman pelabur yang telah berjaya sangat penting untuk kita jadikan teladan. Dengan mengamalkan pesanan dari mereka yang berjaya, kita akan meningkatkan lagi potensi kita untuk lebih berjaya dalam.pelaburan.
Sumber : “https://www.investopedia.com/articles/financial-theory/11/6-lessons-top-6-investors.asp“
Baca artikal menarik di link ini , “https://majusaham.com/“