Selain saham syarikat, para pelabur dan pedagang juga boleh membeli saham waran yang dikeluarkan. Antara sebab utama kenapa pelabur dan pedagang membeli saham waran adalah saham waran ini selalunya lebih murah dan mempunyai kadar kecairan yang tinggi. Maksudnya boleh beli murah dan dapat untung banyak. Menarik kan? Tapi sebelum itu , untuk menjadi pelabur yang bijak kita hendaklah memahami instrumen saham waran ini untuk kita mengambil kesempatan atasnya.
Jenis-jenis saham waran
Saham waran memberikan hak kepada pembeli yang mempunyai modal yang rendah dan memberi pilihan untuk menukarkan kepada saham induk dengan bayaran yang telah ditetapkan. Dalam platform broker, saham waran boleh dilihat dengan simbol WA,WB,WC,WD,CD,CE dibelakang simbol saham induknya. Secara asasnya saham waran terbahagi kepada dua jenis iaitu yang dikeluarkan oleh syarikat induk saham (call warrant) dan yang kedua dikeluarkan oleh pihak ketiga (structured warrant).

Company or call warrant (keluaran syarikat induk)
Saham waran ini dikeluarkan oleh syarikat induk untuk memohon dana tambahan kepada pelabur dan memberikan hak memiliki tetapi tidak wajib untuk pelabur menukarkan saham waran mereka kepada saham induk. Saham waran dari syarikat induk mempunyai tempoh hayat sehingga 10 tahun dan jika saham waran tamat tempoh, pelabur akan hilang hak milik syarikat tersebut dan kehilangan modal yang dilaburkan.
Structured warrant (keluaran pihak ketiga)
Saham waran ini adalah instrumen proprietari yang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang memberikan hak kepada pemegang, tetapi bukan kewajiban, untuk membeli atau menjual instrumen yang mendasari pada masa akan datang dengan harga yang tetap. Perbezaan dengan saham waran keluaran syarikat adalah structured warrant tidak boleh ditukarkan kepada saham induk. Pelabur hanya boleh menjual instrumen waran ini untuk mendapatkan pulangan wang secara tunai.
Seperti yang saya sebutkan tadi, kelebihan membeli saham waran yang ramai pelabur suka adalah waran murah dan boleh menjana keuntungan yang besar. Hal ini kerana, kebiasaan jika saham induk naik 1 sen, saham warannya akan naik 1 sen hingga 3 sen. Seperti contoh dibawah:

Contoh di atas adalah saham syarikat HLT dan HLT-WA. Pada hari itu, saham HLT telah naik sebanyak 8% manakala saham warannya naik 12%. Ini menunjukkan kadar keuntungan untuk saham waran lebih 4% dari saham induknya. Untuk memahami lebih lanjut tentang warrant dengan lebih mendalam anda boleh membacanya di laman web https://www.investopedia.com/ask/answers/062415/how-does-implied-volatility-impact-pricing-options.asp.
Risiko dan perkara penting sebelum beli saham waran
Pemahaman risiko sebelum membeli saham waran adalah sangat penting. Jika contoh saham waran HLT-WA boleh naik 12% sehari maka potensi untuk saham waran tersebut turun 12% sehari juga biasa. Oleh sebab itu, sebelum membeli saham waran, kajian yang teliti perlu dibuat dan analisa teknikal yang betul. Anda juga perlukan trading plan yang mantap. Dua perkara penting sebelum membeli saham waran adalah mengambil kira tarikh luput dan premium % Jika saham waran tersebut telah hampir dengan tarikh luput ataupun 6 bulan sebelum tarikh luput anda seeloknya tidak membeli saham saran tersebut. Yang kedua, jika saham waran tersebut mempunyai premium melebihi 30%. Disarankan anda supaya tidak membelinya juga. Saham waran yang baik akan mempunyai negatif (-ve) premium. Negatif bermaksud saham tersebut mempunyai nilai yang rendah untuk ditukarkan kepada induk saham. Maksudnya jika anda membeli waran tersebut pada nilai negatif premium anda akan untung semasa membuat tukaran kepada saham induk.
Sebagai penutup, saya menasihatkan anda untuk merujuk kepada remisier anda berkenaan saham waran yang terbaik supaya anda menjana keuntungan berganda di dalam pasaran. Selamat melabur!