Jika anda seorang pelabur dalam pasaran saham, gann charts adalah sesuatu yang tidak asing lagi kerana penggunaan gann charts secara meluas dalam analisa teknikal. Pada masa kini terdapat banyak platform pelaburan yang mempunyai fungsi Gann ini memudahkan pelaburan menggunakannya. Pada artikal kali ini, saya akan berkongsi mengenai sejarah pengasas Gann Square of 9 dan bagaimana penggunaan gann dalam pelaburan.
William Delbert Gann merupakan seorang pengkaji dan pelabur yang berjaya. Sumbangan WD Gann sangat besar dalam pasaran kewangan moden. Beliau digelar Nostradamus dalam industri kewangan. WD Gann mengkaji pasaran dan membuat ramalan mengenai masa depan pasaran menggunakan sains, geometri, astronomi, matematik kuno dan agama kristian. Sejarah tentang manusia bernama William Delbert Gann sangat panjang dan rumit untuk diceritakan. WD Gann juga dikaitkan dengan Freemason 33 dimana mempunyai ilmu matematik purba.
Namun begitu, pada artikal ini kita hanya akan fokus kepada cara pengunaan gann chart square of 9 sahaja. Salah satu kehebatan WD Gann adalah berjaya meramal secara tepat kejatuhan besar pasaran saham pada tahun 1929. Pasaran di Amerika melalui fasa superbull dari tahun 1920 hingga tahun 1929. Dalam laporan Gann iaitu Annual Report pada tahun 1929 menyatakan pasaran superbull akan tamat pada tahun 1929. Ramalan Gann menjadi kenyataan kerana pada 24 Oktober 1929 pasaran Amerika mengalami crash yang besar.
PENGGUNAAN GANN SQUARE OF 9
Gambar diatas adalah carta untuk Gann square of 9 di mana nombor berwarna merah merupakan strong support and resistance (Cardinal Cross) dan biru adalah normal support and resistance (Ordinal Cross) . Nombor yang berwarna kuning dan hijau mempunyai kemungkinan untuk menjadi pivot point untuk reversal dan juga support dan resistance namum begitu tidak signifikan berbanding merah dan biru.
Cara membaca Gann Chart adalah seperti gambar di atas. Carta Gann dibaca secara mengikut putaran jam (clockwise). Mari kita lihat penggunaan Gann dalam carta saham supaya lebih jelas dan faham. Jika kita mengambil semua nombor yang berada dalam cardinal cross (warna merah) kita akan mendapati bahawa nombor-nombor ini merupakan support dan resistance yang kuat dalam carta setiap kaunter saham. Tak percaya? Lihat dua contoh di bawah
Garisan berwarna oren di atas adalah nombor yang berwarna merah di dalam Gann Chart. 90% nombor tersebut bertindak sebagai strong support dan resistance. Carta Gann ini memberi kemudahan bagi mereka yang mempunyai short term trading style. Hal ini kerana, nombor-nombrr tersebut boleh dijadikan sebagai EP point dan SL point.
Setiap teknik dan setup dalam analisa teknikal mempunyai kelebihan masing-masing. Sebagai pelabur dan pedagang, kita perlu bijak dalam menggunakannya dan sentiasa mengamalkan pengurusan risiko yang baik. Dalam teori gann ini juga, kita boleh meramal masa dengan tarikh-tarikh yang akan berlaku reversal dalam pasaran. Ilmu Gann ini sangat luas dan perlukan kepada kajian mendalam.
Apa yang penting, sebagai pelabur dan pedagang, matlamat kita adalah untuk mengembangkan duit yang kita labur. Jika teknik yang kita gunakan sebelum ini sudah mampu memberikan pulangan yang baik. Itu sudah cukup memadai untuk kita. Selamat Melabur ! Baca artikal menarik di website Maju Saham https://majusaham.com/category/blog/
Sumber :