• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Teknikal Analisis : Buy on Breakout

13/02/2022 by Fahmi Ishak

Pelaburan saham mempunyai tiga tiang asas sepertimana yang disebutkan dalam buku The New Trading For A Living tulisan Dr. Alexander Elder. Antara tiga tiang asas tersebut adalah analisa teknikal. Sebagai seorang pelabur dan pedagang, analisa teknikal adalah nadi untuk membuat keputusan membeli dan menjual. Seorang pedagang perlu mempunyai pemerhatian mata yang tajam dalam analisa teknikal untuk mengesan peluang yang terhidang dalam teknik buy on breakout.

Pada penulisan kali ini saya akan menceritakan satu jenis signal atau petunjuk masa yang sesuai untuk kita memasuki pasaran. Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut, petunjuk yang diberikan ini adalah petunjuk asas yang perlu anda tahu sebelum melabur dalam pasaran saham. Okay, mari kita mulakan.

Support dan Resistance

Dalam analisa teknikal, support dan resistance adalah perkara pertama untuk kita perlu fahami. Support adalah di mana kawasan pembeli (buyer) melebihi penjual (seller) dan Resistance adalah di mana kawasan penjual (seller) melebihi pembeli (buyer). Pelabur dan pedagang menjadikan paras support dan resistance adalah paras yang kritikal di mana di situlah masa yang sesuai untuk kita memasuki pasaran. Petunjuk yang sesuai untuk kita memasuki pasaran adalah apabila harga berada di kawasan support dan mempunyai candlestick reversal signal yang jelas. Yang kedua adalah apabila harga tersebut berjaya memecahkan kawasan resistance. Mari lihat contoh dalam carta di bawah.

Contoh 1:

Sumber : Tradingview.com

Harga saham di atas telah cuba untuk memecahkan kawasan resistance di RM0.515 untuk beberapa kali. Namun pada November, harga berjaya dipecahkan dan meneruskan aliran meningkat sehingga RM0.75. Oleh itu, masa yang sesuai untuk memasuki pasaran adalah apabila ada confirmation daripada candle kedua yang masih berada di atas garisan hijau.

Contoh 2:

Sumber : Tradingview.com

Harga saham di atas berada dalam di bawah paras harga RM0.285 sepanjang tahun 2020. Namun, pada awal tahun 2021, harga telah berjaya memecahkan paras resistance RM0.285 dan meneruskan aliran meningkat sehingga harga mencecah RM1.00. Petunjuk yang jelas kelihatan untuk memasuki pasaran apabila harga telah berjaya memecahkan harga RM0.285.

Contoh-contoh di atas adalah petunjuk yang dinamakan Buy on Breakout (BOB). Terdapat banyak lagi contoh-contoh yang boleh kita lihat. Dalam pada masa yang sama, kita perlu berhati-hati dengan False Breakout. Ketahui bagaimana untuk mengetahui ciri-ciri False Breakout pada artikal akan datang. Pastikan anda sentiasa follow Maju Saham. Semoga Bermanfaat !

WEBSITE : https://majusaham.com/

Filed Under: Blog Tagged With: Analisa Teknikal, Fundamental Analysis

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com