• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Tenaga Solar membantu kerajaan menjadi negara maju

23/08/2021 by Fahmi Ishak

Sejak lima tahun yang lalu, sektor solar mula mendapat perhatian pelabur di Malaysia. Dengan peningkatan kesedaran untuk mengurang pengeluaran karbon, tenaga solar menjadi salah satu alternatif tenaga hijau untuk dibangunkan di Malaysia. Menurut satu kajian, Peningkatan penggunaan tenaga solar di Malaysia dijangka meningkat pada kadar 10% dalam tempoh 2021-2026.

Pandemik COVID-19 yang melanda telah mengakibatkan kelembapan dan gangguan supply chain, solar PV production, dan pelaksanaan projek solar. Sokongan kerajaan dalam pelaksaan projek solar merancakkan lagi industri ini. Selain dari pelbagai polisi yang dilaksana, kerajaan juga menyokong dengan pelbagai incentif yang membantu syarikat solar dalam pelaksanaan projek mereka.

Pada tahun 2018, kerajaan Malaysia mengumumkan penggunaan 20% tenaga hijau menjelang 2025. Untuk mencapai sasaran tersebut, Malaysia akan melabur USD 8 billion dalam industri solar. Dalam pelaksanaan skim NEM, Malaysia menawarkan projek Large Scale Solar (LSS) di mana projek yang bernilai RM 4billion ini adalah untuk membangunkan large scale solar photovoltaic plants.

Tambahan pula, di bawah Malaysia Electricity Supply Industry 2.0 juga membantu dalam memacu industry solar untuk menjadi lebih kompetitif dan membuka ruang untuk pelaburan baru dalam industri.

Adakah Industri Solar masih kekal relevan selepas pandemik COVID-19?

Malaysia Investment Development Authority (MIDA) mengatakan perubahan kepada industri tenaga hijau termasuk solar, biomass dan hydroelectric adalah penting untuk mencapai 20% pengeluaran tenaga hijau di Malaysia menjelang 2025. Pada masa ini, Malaysia menggunakan hanya 8% pengeluaran tenaga dari tenaga hijau. Lokasi yang strategik menjadikan Malaysia negara pengeluar tenaga solar yang baik. Penerimaan cahaya matahari yang konsisten sepanjang tahun dapat membantu pengeluaran pada tahap optimum.

Di bawah Pelan Tindakan dan Polisi Tenaga Hijau Kebangsaan meletakkan target untuk mencapai 2080MW tenaga hijau dalam tahun 2020. Masyarakat mula sedar akan kebaikan tenaga solar dan kempem Feed in Tarif (FiT) kerajaan meningkatkan lagi minat orang ramai kerana dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik di rumah. Menurut Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) , hampir 10 ribu applikasi dalam program ini telah direkodkan dan lebih 90% kelulusan telah di keluarkan.

Pada masa hadapan, tidak mustahil tenaga solar akan menjadi tenaga utama kepada rakyat Malaysia kerana mereka dapat mengurangkan kos bil elektrik bulanan. Di samping itu, kos pemasangan solar juga telah berkurang berbanding tahun-tahun sebelum ini. Hal ini memberi peluang untuk lebih ramai orang menggunakan tenaga solar dan memberi kesan positif kepada industri.

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com